KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

Isnin, 18 Jun 2007

Jemput Melabur Dengan Pengurus Dana Islam Terbaik

Salam untuk semua.

Jemput melabur dengan syarikat Pengurus Dana No. 1 di Malaysia.

Tentu persoalan pertamanya, mengapa perlu melabur dengan kami?

Wang adalah antara benda yang paling sensitif di dunia. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Apa lagi mengumpulkannya. Namun, pelbagai objektif kita adalah berkaitan dengan wang.
Oleh itu matlamat kewangan adalah penting dalam kehidupan ini.

Jadi, memilih dana & pengurus yang terbaik adalah paling penting untuk menjamin wang kita selamat, berkembang, sah & halal - selanjutnya mencapai objektif kewangan kita.

Disiplin & Peraturan amat penting dalam menguruskan kewangan - Jangan Main-Main!

Di sini, saya membentangkan kepada anda semua salah satu instrumen pelaburan yang setakat ini adalah Terbaik di Malaysia. Public Mutual adalah pengurus dana amanah yang TERBESAR, NO.1 & TERBAIK di Malaysia. Ia telah berkhidmat kepada para pelabur di Malaysia bermula sejak tahun 1975. Dari tahun 1999 hingga 2007, Public Mutual telah memenangi 105 anugerah antarabangsa dalam industri pelaburan amanah global - The Edge Lipper, Standard & Poors & Reader Digest. Yang terbaru, Public Mutual telah dianugerahkan sebagai PENGURUS DANA ISLAM PALING TERKEMUKA DI MALAYSIA 2007, yang telah disampaikan oleh YB Menteri Kewangan Kedua Malaysia di KL Islamic Finance Forum (KLIFF). Sebelum itu, Public Mutual telah dianugerahkan sebagai PENGURUS DANA ISLAM TERABIK DI ASIA 2006 oleh Failaka, sebuah badan antarabangsa yang berpengkalan di Dubai.

Apa makna semua anugerah ini? Syarikat yang memenangi anugerah berbeza dengan yang lain. 'AWARDED COMPANY' berstatus lebih tinggi, lebih berpengaruh & lebih dipercayai oleh pelanggan. Perkhidmatan & pengurusannya adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik dalam industri. Inilah pengurus dana yang dicari oleh ramai pelabur. Makna lainnya ialah setiap pengiktirafan membawa nilai besar - pelabur & profesional amat berpuas hati. The Edge Lipper dan Standard & Poors mengiktiraf pengurus-pengurus dana yang:- 1. Memberikan Pulangan Tertinggi 2. Memelihara Modal Pelaburan dan 3. Berterusan / Konsisten Memberikan Pulangan Yang Tinggi.

Secara puratanya, Public Mutual memberikan purata pulangan 15% ke atas setahun untuk setiap pelaburan anda. Sebenarnya, itu adalah kadar pulangan yang terbaik di pasaran pelaburan. Bagaimanapun berdasarkan pasaran & rekod sejak 10 tahun lalu, Public Mutual telah berjaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada itu kepada para pelaburnya.

Apa yang pasti, sejak sekian lama kepecayaan para pelabur kepada Public Mutual adalah jitu. Pun begitu, mungkin bagi 'pemain baru' mereka kurang tahu.

Satu perkara penting yang anda kena tahu ialah, pada tahun 1998 waktu ekonomi merudum, kebanyakan pengurus dana tidak membayar dividen kepada pelabur. Malah ada antaranya sehingga hari ini masih belum mampu membayar pulangan pelaburan yang baik. Namun, Public Mutual telah membayar 8% setahun pada tahun 1998. Inilah yang kita mahu. Waktu pasaran teruk pun kita masih untung.

Jadi, apakah objektif kewangan anda?

1. Pendapatan Persaraan - Anda telah ada jaminan pendapatan bulanan selepas anda bersara nanti? Bolehkah anda bersara? Atau perlu berkerja lagi untuk menampung keperluan bulanan kerana inflasi / kenaikan harga tetap akan berlaku?

2. Wang Persediaan Pendidikan Anak-anak - Biasiswa bukan amalan Malaysia lagi. Pendidikan adalah sebuah industri, ia perlukan bayaran yang tinggi.

3. Membeli Rumah, Hartanah @ Mendapatkan Semula Bayaran Rumah / Hartanah - Anda mahu duit bayaran ansuran rumah anda semula?

4. Mengumpul Kekayaan & Melindunginya - Mengembangkan kewangan anda serta memeliharanya daripada tersalah guna atau diselewengkan.

5. Melawan Inflasi - Anda telah bersedia melawan kenaikan harga barang, rumah, kos hidup 3, 5, 7, 10, 15 & 20 tahun akan datang? Adakah kewangan anda sekarang telah sedia dinaik nilaikan? atau Anda sudi wang anda dijatuh nilaikan hingga anda tidak mampu membeli dengan selesa lagi di masa depan?

6. Tujuan Peribadi - Anda sama seperti saya dan orang lain, mempunyai tujuan2 yang berbeza, bagaimana dengan kosnya?

Apa sahaja objektif kewangan anda, saya jemput anda mula melabur dalam mana-mana dana yang sesuai dengan profil anda di Public Mutual Berhad. Kami ada 40 jenis dana yang sesuai dengan semua matlamat kewangan setiap daripada anada. Anda akan gembira.

Buat masa ini, saya kira cukup dahulu.

Berminatkah anda kepada pelaburan yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), diselenggarakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan memenuhi kehendak syariah (Syariah Advisory Board) yang memberikan purata pulangan 12% - 15% setahun?
YA________ TIDAK__________

Jika YA, saya akan bantu tunjukkan bagaimana anda boleh menikmati keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan dan simpanan lain.

Bagi anda yang sudi dan berminat dengan jemputan saya, jangan lupa & segan untuk menghubungi saya. razakbiz@gmail.com

SELAMAT MELABUR!

Untuk mendapat maklumat asas lawati http://www.publicmutual.com.my/

Jumpa Lagi.

RAZAK MUTUAL

3 ulasan:

  1. memang dah mula org tau tentang public mutual ni. i pun baru je tau. dengar2 cite memang sapa melabur dgn public ni.. untung tinggi betul... betul ke ada org invest sampai berpuluh n ratus juta?

    BalasPadam
  2. saya berminat utk mengetahui ttg dollar cost averaging (DCA, boleh tak saudara perjelaskan dengan lebih lanjut.

    BalasPadam
  3. Tahniah saudara. DCA adalah satu strategi pelaburan yang bertujuan untuk merendahkan kos pelaburan & mengoptimumkan untung.
    DCA lebih mudah jika saya tunjukkan contoh.
    Katakan anda melabur (beli) RM1000 dalam Dana A yg berharga RM0.50 seunit (anda dpt 2000 unit). Katakan, bulan berikutnya harga Dana A menurun kpd RM0.40 seunit, bulan seterusnya harga turun lg kpd RM0.30 seunit. Jika anda menjual semula unit2 itu pada harga RM0.30 seunit, maka anda rugi RM400 kerana 2000 unit yg anda beli hanya bernilai RM600.
    Tetapi, jika anda mengamalkan DCA, misalnya melabur tambahan setiap bulan RM200 ke dalam Dana A ia berbeza. Pada bulan di mana harga seunit RM0.40, anda tambah RM200 bermakna anda telah menambah unit saham anda kpd 2500 unit(RM200/0.40=500 unit + 2000 unit asal). Bulan berikutnya pun sama, anda terus menambah modal pelaburan (DCA) RM200 pd harga RM0.30 seunit, dan anda dpt 666 unit lg. Menjadikan unit saham terkumpul ialah 3166 unit. Pada masa ini purata harga seunit saham anda ialah RM0.44 sahaja (RM1400/3166unit). Bukankah ia menguntungkan, anda ada 3166 unit saham tetapi harga seunit murah RM0.44 sahaja, bukan spt awal tadi RM0.50 seunit.
    Anda perlu menerima hakikat, pasaran pasti akan naik apabila berlaku penurunan. Nah, katakan pada bulan selanjutnya harga seunit saham Dana A anda naik kepada RM0.45. Apa yang anda dapat? Ya, jika anda jual unit2 dana anda itu, anda telah beroleh untung. Anda untung RM0.01 setiap unit. Bermakna 3166 unit saham anda tadi sekarang bernilai RM1424.70. Pelaburan anda untung RM24.70 (RM1424.70 - RM1400). Anda tidak perlu tunggu harga naik melepasi harga asal RM0.50 untuk meraih untung.
    Sekarang cuba anda bayang nilai-nilai yang lebih besar dan tempoh pelaburan yang lebih panjang.
    Sememangnya menambah pelaburan secara berterusan sekalipun dengan nilai minumum pasti akan memberikan pulangan yang baik. DCA membolehkan saudara menangani turun naik pasaran, memberi pulangan jangka panjang yang lebih berganda dan mengatasi inflasi dengan lebih baik.
    Antara kaedah utk mengamalkan DCA ialah dengan membuat potongan gaji terus ke akaun pelaburan unit amanah anda, atau cara-cara lain seperti membuat Arahan Tetap Bank supaya menolak sebahagian amaun daripada akaun anda ke akaun unit amanah; atau menambahnya sendiri melalui kaunter bank atau perbankan internet.
    Bagi mereka yang pernah menemui saya, mereka dapat melihat kes-kes sebenar yang telah berlaku kepada para pelabur terdahulu.
    Mungkin terdapat keterbatasan dalam ruangan ini. Saya sarankan saudara membaca prinsip DCA ini dalam buku2 pelaburan. Atau jika saudara sudi, jemputlah bertemu dengan saya. InsyaAllah saya akan bantu saudara mencapai matlamat kewangan saudara. tq. RZK.

    BalasPadam