KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

Rabu, 7 Mei 2014

LABUR DENGAN UNIT AMANAH SAHAJA BOLEH DAPAT RM1 JUTA?

YA atau TIDAK?
Tidak.
Anda boleh melabur dalam pelbagai instrumen pelaburan yang halal, dilindungi undang-undang, diurus secara profesional dan sistematik. Modal adalah hak anda. Anda berkerja mencari wang dan wang adalah hak anda. Anda boleh melaburkan wang anda itu di mana-mana sahaja mengikut pengetahuan yang anda ada.

Kita mempunyai pelbagai instrumen sah untuk mengembangkan modal. Setiap instrumen pelaburan mempunyai kaedah, strategi, risiko dan pulangan yang tersendiri. Jika anda ada wang, anda boleh sahaja melaburkan wang anda ke dalam semua instrumen pelaburan yang sah dan halal. Setiap satunya memberikan pulangan yang berbeza-beza kerana ia mempunyai tahap risiko yang berbeza-beza serta dilaburkan ke tempat yang berbeza-beza potensi, prestasi dan keuntungannya.

Jadi mengapa kami syorkan Unit Amanah?
Dalam bahasa mudah dan ringkasnya ialah kerana pelaburan Unit Amanah adalah instrumen pelaburan yang paling mudah, murah, profesional, cair dan berbaloi pulangannya.

Islam atau tidak?
Boleh pilih kerana dua-duanya ada dalam pasaran. Kami mengesyorkan yang Islamik sahaja.

Cuma, anda perlu 'study' sedikit, cari maklumat tentang:
1. Syarikat pengurus unit amanah yang manakah yang paling bagus untuk menguruskan modal pelaburan anda. Ada 30 syarikat pengurus dana (UTMC) sah berlesen di Malaysia, jadi? (Cadangan kami, pertimbangkanlah yang mana 5 teratas dalam industri);
2. Dana apakah yang sesuai dan 'cocok' dengan keperluan kewangan masa depan anda;
3. Apakah unit amanah sesuai dengan matlamat atau objektif atau sebab anda melabur;
4. Periksa, cari dan pilihlah Perunding Unit Amanah (UTC) yang juga amanah, berilmu & beretika.

Unit Amanah mempunyai semua jenis/kategori dana.
Anda hendak dana yang berpurata pulangan tahunan bagaimana?
Ada yang berpurata pulangan 2% hingga 4%; ada yang berpurata 4% hingga 6%.
Ada yang 6% hingga 10%. Ada yang 10% hingga 12% dan ada yang berpurata 12% hingga 15%.

Anda bincang dan mintalah bantuan Perunding Unit Amanah anda bagaimana anda boleh ada dana RM 1 juta pada suatu masa nanti. RM 1 juta sahajakah? Berapa pun yang anda mahu boleh dirancang dan distrategikan. Unit Amanah boleh merealisasikan objektif anda.
Kami mempunyai strategi untuk membantu anda bersara lebih awal dengan memiliki dana lebih RM 1 juta, untuk anda gunakan atau wariskan atau apa sahaja yang anda mahu lakukan dengan wang itu.

Di bawah ini adalah satu contoh dana Unit Amanah yang ada dalam pasaran:

Sabtu, 6 Julai 2013

Pencen1Juta

Kami bersungguh-sungguh untuk membantu seramai mungkin rakyat Malaysia bersara dengan selesa. Kami faham dan merasai bagaimana pentingnya wang yang mencukupi untuk menyara hidup di masa depan - terutama di masa kita sudah kurang upaya untuk bekerja lagi. Setelah membanting tulang dan bekorban segala-galanya selama 20 hingga 40 tahun, sejak usia belia, mengapa tidak kita memiliki lebih RM1 juta di hujung kerjaya kita, hasil daripada sedikit bahagian gaji yang kita laburkan setiap bulan untuk diri kita sendiri? Oleh itu kami telah melancarkan PAGE di FACEBOOK bernama Pencen1Juta. Ini adalah sebuah khidmat komuniti serta kempen ilmu dan kesedaran pengurusan kewangan peribadi. Saya menjemput para pembaca blog yang budiman melawat page tersebut dan mengklik LIKE.
Anda akan mendapat sedikit demi sedikit kefahaman dan keyakinan tentang pentingnya pencen dengan memiliki wang lebih RM1 juta di masa depan. RM1 juta di masa depan bukan lagi nilai yang besar seperti 30 tahun lalu. Ada RM1 juta sebenarnya mencukupkan keperluan hidup kita di sepanjang usia pencen kita di masa depan tanpa perlu bersusah payah memerah kudrat yang tersisa itu lagi.
Terima kasih & Tahniah.

Rabu, 17 April 2013

APABILA BURSA SAHAM (KLCI) NAIK... UNTUNGLAH. NAIK LAGI TAK?

Para pembaca dan pelabur yang budiman.
Penunjuk pasaran saham Malaysia iaitu FBM KLCI capai 1707.04 mata pada penutup urusniaga hari Khamis 11 April 2013 lalu. Kemudian pada pagi Jumaat 13 April 2013, indeks KLCI berada pada 1715.58 mata. Ia adalah mata yang tertinggi dalam sejarah kewangan dan pelaburan Malaysia setakat ini.
Adalah setakat 1700+ mata itu sahaja? KLCI tak naik-naik lagi? Tinggi sangat dah? Naik lagi tak?
Pasti ia akan naik dan naik lebih tinggi lagi di masa depan. Bila? Tunggu... insyaAllah.
Ingat, Bursa Saham kita sekitar tahun 1970-an hanya berada pada 200 mata sahaja, kemudian ia bergerak naik, turun, naik, turun hinggalah ke tahap sekarang. Dalam tempoh 40 tahun kebelakangan ini, ada 4 kali ia turun (yang dikatakan saham jatuh itulah) untuk tempoh purata selama 10 bulan. Selebihnya biasa sahaja dan terus dibawa naik.
Adakah pasaran saham turun atau jatuh lepas PRU 13?
Turun tu turun. Bila? Tunggu... Mungkin lepas PRU atau mungkin hujung tahun 2013. Mungkin juga tahun 2015. Yang benar, tiada siapa tahu. Ianya pasti berlaku sebab memang begitulah pergerakan pasaran saham. Sama ada kita melabur atau tidak, pasaran saham akan terus menjalankan peranannya NAIK & TURUN.
Jadi peranan kita sebagai pelabur unit amanah/amanah saham ialah terus melabur memperbanyakan modal dan unit saham kita. Mula melabur seawal mungkin supaya kita dapat masa yang lebih panjang. Melabur biar lama - panjang tempohnya, baru ada UMMPH!
Bagi para pelabur seperti saya dan lebih 1000 orang klien dalam agensi saya, NAIK & TURUN pasaran ini, tiada masalah. Kita melabur untuk jangka panjang - setiap bulan kita menambah pelaburan kita walaupun kecil-kecilan. Yang guna kemudahan KWSP, kita tambah setiap 3 bulan.
Apa yang lebih penting ialah untuk kita dapat mengumpul dan menyimpan lebih banyak unit saham serta mendapat lebih banyak kali dividen yang boleh pula dilaburkan semula agar unit saham kita bertambah berganda secara percuma (POWER of COMPOUNDING) - supaya di masa depan nanti kita akan menjual semua unit saham yang terkumpul banyak itu dengan kos yang paling rendah dan menikmati pulangan wang ringgit yang mencukupi untuk kita hidup selesa. 
Kita melabur untuk jangka panjang (INGAT! Lebih awal kita melabur, lebih panjang masa kita dapat. Pasaran saham terus naik dalam jangka panjang. Untunglah Kita). Kita melabur untuk masa depan - untuk membantu kita hidup selesa di masa umur & tenaga kita tidak lagi berdaya atau tidak mahu lagi terpaksa bekerja untuk mencari belanja, membayar bil, menanggung kos perubatan dan membayar hutang piutang yang tak selesai-selasai. Apa salahnya dan mengapa tidak kita meneruskan hidup dengan amaun duit selesa, santai, tenang dan dapat melakukan amal lebih banyak (.. dan mati tanpa hutang).
Sebagai penutup entri ini, saya ingin kongsikan rasa seronok, bangga dan tumpang gembira saya melihat seorang pelabur unit amanah di bawah pengurusan syarikat yang kami wakili. Nilai sahamnya sudah mencecah hampir RM2.1 juta. Ia hasil daripada disiplin beliau mengikut strategi pelaburan yang dicadangkan sejak 18 tahun lalu. Sebagai pekerja biasa, beliau hanya bermula dengan RM3,000 pada tahun 1994, kemudian membuat tambahan RM200 sahaja setiap bulan dalam 5 tahun pertama. Seterusnya menambah amaun pelaburan bulanan kepada RM1200 setiap bulan selepas dapat naik gaji pada tahun 1999. Lebih menyeronokkan ialah apabila pelabur ini, mengikut saranan menambah pelaburan lebih banyak setiap kali pasaran saham turun/jatuh. Selepas 18 tahun, tanpa sedar beliau sudah berjaya melaburkan modal sebanyak hampir RM800 ribu. Kini beliau dapat pulangan atau untung sebanyak RM1.217 juta iaitu untung 152%. Seronoknya...
Tengoklah ringkasan penyata beliau ini...
 
 Jangan segan hubungi saya:








ABDUL RAZAK SHAHBUDIN
t: 019 - 571 0054
e: razakbiz@gmail.com

Khamis, 21 Jun 2012

JENAMA PALING DIPERCAYAI para pelabur Malaysia


Menerima anugerah TRUSTED BRAND PLATINUM AWARD Reader’s Digest adalah penghormatan tertinggi yang diberikan oleh para pengguna dan pelabur di Malaysia.
Ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Syarikat Pengurus Dana Amanah Saham yang kami wakili menerima anugerah tertinggi pilihan dan kepercayaan pengguna.



SYABAS & TERIMA KASIH kepada para pelabur kami dan TAHNIAH kepada para Perunding Unit Amanah agensi i-WC yang bersama-sama menjadikan jenama ini terkemuka di Malaysia.
Apabila ia dipercayai oleh paling ramai pengguna dalam negara, ianya pasti memberikan manfaat dan kepuasan yang terbaik untuk kehidupan kita.


Ayuh sama-sama kita bertindak membantu diri kita dan semua masyarakat Malaysia yang memerlukan perancangan pelaburan untuk menjadikan kehidupan di masa depan amat selesa.
MELABURLAH DENGAN PENGURUS PELABURAN YANG PALING DIPERCAYAI DI MALAYSIA.

Ahad, 1 Januari 2012

RANCANG DANA PERSARAAN ANDA

Sejak tahun 2008 saya banyak mengendalikan kursus Pra Persaraan untuk pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan badan berkanun di seluruh Malaysia. Pernah juga sekali dipelawa oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengendalikan Kaunseling Kewangan Pesara di Putrajaya (untuk pegawai yang sudah bersara dan menghadapi krisis kewangan, tetapi program tidak dapat diteruskan atas isu tertentu).

Daripada pengalaman mengendalikan kursus-kursus Pra Persaraan itu, saya sempat membuat kajian. Dapatan yang paling utama daripada kajian saya ialah hampir 90% kakitangan dan pegawai kerajaan di Malaysia tidak merancang kewangan untuk hari persaraan mereka sebaik sahaja menandatangani pengesahan jawatan mereka.

Kebanyakan peserta kursus Pra Persaraan yang dihantar oleh jabatan masing-masing adalah mereka yang hampir bersara. Apabila mereka ini didedahkan dengan konsep perancangan kewangan, pelaburan jangka panjang dan aspek-aspek penting berkaitan kewangan untuk hari tua, rata-rata mereka amat terkejut dan sedih - mereka sudah terlewat untuk membaiki status kewangan.

Daripada kajian yang saya jalankan, hampir semua peserta kursus saya menyesal dan kesal kerana tidak diberitahu awal tentang pentingnya merancang kewangan sejak usia muda. Mereka tidak pernah didedahkan oleh jabatan mereka dengan faktor asas kemerosotan nilai wang mereka iaitu Inflasi (Kenaikan Harga) setiap tahun serta keperluan kewangan yang meningkat selepas bersara - terutamanya dalam iklim sebuah negara sedang membangun dan negara maju yang akan dicapai oleh Malaysia.

Kebanyakan mereka merasa selesa dan selamat dengan Skim Pencen yang mereka pilih serta Wang Ganjaran (Gratuity) yang bakal diberikan oleh kerajaan apabila bersara. Begitu juga yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka tidak pernah ada idea untuk mengembangkan wang mereka menjadi lebih RM1,000,000 dengan menggunakan sebahagian daripada kenaikan gaji atau bonus dan wang dari Akaun 1 KWSP mereka. Mereka juga tidak tahu memanfaatkan wang Gratuity mereka sebelum bersara. Apabila saya tunjukkan apa yang bakal berlaku kepada wang dan keperluan hidup mereka selepas bersara, baharulah mereka faham akan amat pentingnya merancang kewangan dan melabur sejak muda. Begitu juga mereka memahami yang kehidupan di usia emas mereka tidak menjadi lebih baik selepas bersara dengan memiliki hanya wang Pencen bulanan dan Gratuity.

Oleh itu, saya mengambil peluang sempena tahun baharu ini untuk menasihat dan menggalakkan penjawat-penjawat awam agar memulakan pelaburan untuk persaraan anda sekarang. Beri peluang kepada diri anda untuk mengetahuinya secara tepat. Lebih muda anda mula melabur lebih kurang modal yang perlu dikeluarkan tetapi banyak wang yang akan anda perolehi - pelaburan perlukan masa.

Pilihlah instrumen pelaburan yang sah, diuruskan secara profesional dan tiada syubhah.
Jangan terlalu risaukan soal risiko - keuntungan perlukan risiko. Bagi tempoh jangka panjang, keuntungan akan mengatasi risiko.

Saya menghulurkan tangan untuk membantu anda mengstrategikan pelaburan agar anda mempunyai dana sekurang-kurangnya RM1,000,000 (RM1 juta) apabila anda berusia 55 tahun.

Bertindak Sekarang! Moga anda lebih senang dan bahagia.
Selamat Tahun Baru 2012 & Selamat Mengurus Kewangan!







Abdul RAZAK Shahbudin
(019-571 0054 / razakbiz@gmail.com)

Sabtu, 4 Disember 2010

MARI KITA CERDIK PELABURAN.... tidak salah bukan?

SIRI 1
Pelaburan Unit Amanah atau Amanah Saham sebenarnya bukan asing kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun masih ramai yang keliru dengan jenis-jenis pelaburan unit amanah ini. Bagi ramai kaum bumiputera mereka telah terbiasa dengan skim-skim Amanah Saham yang dikendali dan dipromosikan oleh syarikat milik kerajaan. Jadi, apabila sesetengah rakyat kita baharu mendengar istilah berbeza iaitu unit amanah/mutual fund/unit trust mereka menjadi hairan & takut. Sedangkan industri ini telah dimulakan oleh syarikat swasta untuk menguruskan wang persaraan para pekerja, menurun undang-undang di Britain sejak lebih 100 tahun dahulu. Lebih-lebih lagi apabila mereka mendengar sepintas lalu yang kebanyakan unit amanah yang diuruskan oleh syarikat swasta dan bank ada turun naik harga unit dan pulangannya - ada laju ada pelahan. Lantas ramai juga yang merasakan ia adalah 'main saham @ stock market'. Tidak kurang juga ada yang merasakan pelaburan unit amanah merugikan kerana ada turun, tidak naik sahaja selalunya. Jadi, ada baiknya kita mengetahui jenis-jenis pelaburan amanah saham itu, kerana semuanya adalah amat baik untuk masa depan para pelabur.
Jika tidak, masakan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjadikan unit amanah sebagai instrumen pelaburan. Malah untuk apa Akta Suruhanjaya Sekuriti digubal? Dan mengapa negara-negara maju lebih awal sejak lebih 80 tahun dahulu menjadikan pelaburan unit amanah sebagai instrumen utama untuk kewangan masa depan depan rakyat mereka? Dan, bagaimana adanya data dan terkumpul dana unit amanah sebanyak RM73 Trillion di seluruh dunia (data setakat Mac 2010) hingga menjadikan ia sebagai dana kewangan terkumpul kedua terbesar di dunia selepas dana persaraan pusat (pencen & gratuiti) yang dikumpul oleh kerajaan negara-negara di dunia ini.
Kebanyakan skim unit amanah atau amanah saham yang dikendalikan oleh syarikat kerajaan adalah dari jenis Modal Tetap serta Berobjektifkan keuntungan daripada Pendapatan Tahunan melalui Agihan (atau lebih dikenali sebagai Dividen). Oleh itu, para pelabur akan membeli unit-unit saham amanah pada harga tetap (tidak berubah mengikut prestasi Bursa Saham), misalnya RM1 setiap unit. Dengan kata lain harga beli unit saham dengan harga menjualnya semula pada masa depan adalah sama.
Ibaratnya begini, katakan anda melabur dengan membeli 3 buah rumah pada harga RM100,000 setiap buah dengan jumlah modal RM300,000 dan oleh kerana harga setiap unit rumah itu telah dijanjikan tidak akan berubah, maka anda akan secara otomatik perlu menjualnya semula kepada pengurus pelaburan hartanah di masa depan dengan harga RM100,000 juga setiap unit rumah. Anda akan dapat modal anda semula, itulah yang diistilahkan sebagai Pelaburan Modal Tetap.
Bagaimanapun, dalam konteks amanah saham oleh kerana wang anda itu dilaburkan dalam syarikat-syarikat tertentu yang memberikan dividen kepada para pelabur mereka, serta sememang objektif dana itu untuk memberikan dividen, maka pelabur akan diberikan dividen tahunan mengikut tahap untung dan rugi syarikat-syarikat tersebut. Inilah yang dikatakan sebagai Pelaburan Berojektifkan Pendapatan Tahunan.
Dana Bermodal Tetap ini telah dikategorikan sebagai dana berisiko sederhana. Dalam kaedah pelaburan, setiap tahap risiko menggambarkan tahap pulangan atau keuntungannya. Jika dana sederhana, bermakna pulangan daripada pelaburan ke dalam dana itu juga adalah sederhana. Berapa peratuskan yang dimaksudkan sederhana? Purata pulangan setahun antara 5% hingga 11% dikira sebagai pulangan sederhana daripada pelaburan ke dalam dana jenis risiko sederhana.
Apa maksud purata pulangan setahun? Bagaimana purata pulangan dikira?
Setiap pelaburan memberikan pulangan yang berbeza-beza pada satu-satu tahun. Contohnya, jika anda melabur wang anda ke dalam dana kategori sederhana seperti ASB, ASW, ASM dan yang lain-lain seperti diuruskan oleh berpuluh syarikat amanah saham di Malaysia, ada tahun pulangannya 6%, ada tahun pulangannya 8% dan ada juga 11%. Katakan anda melabur untuk tempoh 10 tahun, bermakna anda menjual semua unit-unit saham anda selepas 10 tahun melabur. Berapakan jumlah kadar pulangan/keuntungan (Total Return) untuk selama 10 tahun itu. Katakan anda melabur RM100,000 dan apabila anda jual semula unit, anda memperolehi pulangan RM170,000. Ini bermakna Total Return daripada pelaburan 10 tahun anda ialah 70%. Itu bermakna purata setahun pelaburan dalam dana risiko sederhana anda ialah 7% setahun.
Mungkinkah anda mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan ke dalam dana/skim pelaburan kategori sederhana itu? INGAT! setiap tahap risiko menggambarkan tahap pulangannya. Bagi dana sederhana, purata pulangannya ialah antara 5% hingga 11%.
Berbaloikan jika anda melabur dalam dana/skim sederhana?
Ya, berbaloi bagi pelabur yang sukakan pulangan sederhana.
Mungkin tidak berbaloi bagi pelabur yang lebih agresif dan sukakan pulangan yang lebih tinggi.
Dan, ia mungkin amat menguntungkan bagi pelabur konservatif (pelabur yang amat takut risiko - pelabur jenis 'biar tak untung daripada rugi').
Apapun saya berikan justifikasi mudah untuk membantu anda menilai sama ada pelaburan dalam dana sederhana itu berbaloi atau tidak.
Kita mesti selalu ingat bahawa harga dan nilai barangan serta perkhidmatan tidak mungkin langsung akan turun. Ia hanya ada satu arah, iaitu naik lebih mahal dari tahun ke tahun. Itulah inflasi. Purata inflasi di Malaysia ialah 3% setahun. Jadi, jika purata pulangan setahun pelaburan anda ialah 7%, maka untung bersih atau kuasa bersih wang anda ialah 4% setahun. Pulangan 7% ditolak dengan 3% inflasi = 4%. Itulah kuasa sebenar wang anda pada masa depan. Anda tidak rugi melabur, cuma ia terpulang kepada nilai diri anda. Jika 4% itu bagus, maka baguslah. Yang penting nilai wang anda tidak 'ditelan' oleh inflasi. Dengan melabur anda telah berjaya melawan inflasi. Wang anda lebih berkuasa untuk membantu anda memiliki sesuatu di masa depan.
.
(PERHATIAN: Hampir semua dana/skim pelaburan BERMODAL TETAP adalah tidak patuh SYARIAH & dihukum sebagai Shubhah - sila rujuk kumpulan terbesar & paling berwibawa yang menilai & menetukan kepatuhan hukum syariah dalam hal ehwal pelaburan iaitu Majlis Penasihat Syariah Seruhanjaya Sekuriti & Ahli-ahli Penasihat Syariah Skim Unit Amanah Malaysia)

Jumaat, 30 April 2010

UNIT AMANAH - PELBAGAI IMPIAN, 1 PELABURAN

Pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk mengatasi hampir semua cabaran dalam ekonomi dan kewangan.
Antara cabaran yang mampu diatasi dengan pelaburan unit amanah ialah:
1. Inflasi/kenaikan harga atau penyusutan nilai wang;
2. Pulangan daripada simpanan/deposit yang rendah;
3. Wang untuk kehidupan selepas bersara yang tidak mencukupi;
4. Wang untuk pengajian tinggi anak-anak yang tidak mencukupi; dan
5. Kekurangan wang untuk memulakan pemilikan harta tanah.

Untuk itu, unit amanah dapat membantu kita melaburkan sebahagian daripada wang/modal secara lebih profesional dan agresif untuk memenuhi hampir semua impian masa depan kita.
Antara impian/tujuan kewangan masa depan yang boleh dicapai menerusi pelaburan unit amanah ialah:
1. Mengatasi inflasi di masa depan - kemampuan/kuasa membeli kita lebih tinggi berbanding kenaikan harga barang setiap tahun;
2. Menikmati pulangan yang lebih tinggi 2 hingga 5 kali ganda berbanding simpanan biasa;
3. Menyediakan wang sara hidup yang mencukupi untuk tempoh lebih 30 tahun selepas bersara tanpa perlu merendahkan/mengurangkan gaya hidup/biaya bulanan;
4. Mengumpul kekayaan lebih pantas;
5. Menyediakan wang biaya hidup dan yuran pendidikan tinggi yang mencukupi untuk sepanjang tempoh pengajian anak-anak;
6. Menyediakan modal pemilikan rumah dan harta tanah;
7. Menyediakan modal asas atau pengembangan perniagaan;
8. Memperolehi semula wang bayaran pinjaman perumahan;
9. Menyediakan wang menunaikan umrah/haji 2 kali lebih banyak;
10. Menyediakan wang pelancongan/ziarah yang selesa;
11. dan pelabagai tujuan kewangan masa depan.

Unit amanah menyediakan semua kategori pelaburan yang sesuai untuk semua jenis profil pelabur seperti berikut:
1. Dana KONSERVATIF (purata pulangan setahun 2% - 4%)
2. Dana SEDERHANA (purata pulangan setahun 4% - 8%)
3. Dana AGRESIF (purata pulangan setahun 8% - 12%)

Jika anda berminat untuk mengatasi semua cabaran ekonomi, menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik serta mencapai segala impian kewangan masa depan anda, sila hubungi perunding-perunding kami. Perundingan dan nasihat adalah percuma. Kami akan membantu anda merancang dan memulakan pelaburan secara tepat untuk mencapai impian jangka sederhana dan jangka panjang (8 tahun ke atas) anda.


Perunding-perunding kami yang boleh dihubungi:
Wilayah Utara:

Penang - Emi (012-283 1596), Khairul (019-210 2345), Faezah (019-480 0463), Jannah (014-520 0951), Rosmawati (012-469 4876), Azhar (019-467 7070).
Kedah/Perlis - Hasrul (019-265 6734), Khairul (019-210 2345).
Perak - Razak (019-571 0054), Azimi (019-561 4219), Us. Juhaida (016-740 4871), C. Azman (012-540 8588), Ust. Rosli (011-1502 2478), C. Roslan (019-570 5371), Intan (012-400 0358), Izuddin (010-812 1636), Mad @ Maddi (019-345 2482), Padli (017-202 7070), C. Rahimi (012-562 3348), Umi (019-577 2124), Azman (011-2653 6009). 
Wilayah Tengah: 
KL/Selangor/N. Sembilan - Sarizal (017-696 7803), Razak (019-571 0054), Izuddin (010-812 1636), Jamal Nasir (011-1857 7489), Nora (012-226 7163), Mad @ Maddi (019-345 2482).
Wilayah Selatan:

Melaka/Johor - Mahathir (019-7889086), Mad @ Maddi (019-345 2482),
Wilayah Pantai Timur:

Pahang/Terengganu/Kelantan - Siti Zubaidah (019-985 9427), Azizah (013-881 8074), Baizora (017-957 9115)
Wilayah Borneo:

Sabah/Sarawak - Hasrul (019-265 6734), Azlina (016-6564482), Siti Zainab (019-5750644).

[Nama & Nombor Telefon dikemaskini pada 18.02.2017]





Ahad, 7 Mac 2010

Pasaran Naik Dari 801 Mata Ke 1300 Mata

Setelah turun selama 10 bulan pada tahun 2008 (Jan - Okt 2008), pasaran saham (Bursa Malaysia - FBM KLCI) yang menjadi petunjuk kepada prestasi ekonomi dan pelaburan di Malaysia telah naik kepada 1300 mata pada bulan Feb 2010.
Inilah kelaziman sejak 150 tahun yang lalu. Ekonomi ada turun dan naiknya. Kedua-dua keadaan itu ada peluang dan hikmah yang tersendiri untuk memberi manfaat kepada kita.
Prestasi pulangan dana-dana amanah dalam kategori agresif untuk tempoh satu tahun (Jan 2009 - Jan 2010) ialah antara 30 peratus hingga 60 peratus. Bagi dana-dana kategori sederhana pula pulangannya ialah antara 20 hingga 40 peratus.
Industri unit amanah sememangnya sesuai untuk setiap keadaan. Ianya boleh disuaipadankan dengan apa sahaja tujuan kewangan seseorang.
Bak kata slogan promosi Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) yang banyak terpampang di seluruh negara kini PELBAGAI TUJUAN, SATU PELABURAN!

SELAMAT MELABUR!

Isnin, 9 Mac 2009

TUNGGU! PASARAN AKAN TURUN KE PARAS TERENDAH. BETULKAH?


Segelitir orang mempunyai pandangan yang kreatif. Itu tidak salah. Bagaimanapun, terdapat pandangan yang berbentuk sentimen. Ia diutarakan tanpa asas (data dan analisis) yang tepat.

Kita menerima hakikat bahawa sekarang adalah musim ekonomi dunia menurun. Ia adalah wajar selepas pasaran saham dan ekonomi meningkat tinggi pada awal tahun lepas. Turun dan naik pasaran saham dan ekonomi suatu yang biasa (telah saya jelaskan dalam artikel yang lepas). Kedua-duanya adalah peluang yang baik.

Apa yang ingin saya utarakan kali ini ialah terdapatnya orang yang berani meramal bahawa pada sekian-sekian bulan pasaran saham akan menurun ke tahap terendah. Apabila ditanyakan apakah pentingnya keadaan itu? Kata mereka itulah saat yang mereka anggap terbaik untuk mula melabur dan menabung.

Kisah seorang bakal pelabur saya, apabila saya pelawa supaya mulakan pelaburan pada bulan September 2008 yang lepas, beliau menolak. Alasan beliau waktu itu tidak sesuai, beliau ingin menangguhkannya kerana katanya bulan Mac 2009 pasaran saham akan menurun ke tahap terendah di mana KLCI akan berada pada 600 - 700 mata. Melabur pada masa itu paling murah dan membolehkan beliau mengaut untung tertinggi apabila KLCI meningkat kepada 1000 mata dalam 2 tahun. Dia amat yakin sekali dengan ramalannya. Apapun saya tidak pasti, data apa dan dari mana yang digunakannya untuk membuat unjuran begitu.

Baru-baru ini saya mendengar pula ramalan baru iaitu pasaran saham akan menurun ke tahap terendah pada bulan Jun 2009. Kemudian saya dengar pula ada di kalangan pelabur saya bertanya sama ada betul pasaran akan turun lagi pada bulan Julai 2009. Saya juga menerima satu ramalan lain daripada seorang bakal pelabur saya yang pasaran saham akan menurun ke tahap paling rendah pada bulan Oktober 2009 dan mula menaik pada bulan November 2009.

Semenjak saya mencaburkan diri dalam industri ini, banyak juga saya belajar dan mengikut ceramah serta analisis daripada pihak-pihak yang pakar dalam bidang saham dan ekonomi, namun belum pernah sekalipun saya mendengar seorang pakar berani meramalkan pasaran saham akan naik ke paras tertinggi atau turun ke tahap terendah pada bulan-bulan berkenaan.

Saya juga mengikuti nasihat dan petua daripada pelabur terhebat dan manusia terkaya di dunia, Warren Buffet, namun tidak pernah beliau berkata para pelabur perlu meramal masa untuk memulakan pelaburan. Meramal dan menangguhkan pelaburan juga bukanlah strategi yang pernah disarankan oleh Warren Buffet.

Nasihat saya, tidak usahlah kita menjadi ahli ramal atau ahli nujum untuk membina kewangan. Tiada siapa boleh meramal apa yang akan berlaku esok. Seorang pekerja yang telah bekerja dengan majikan selama 40 tahun pun tidak mampu meramal apa yang akan terjadi kepada syarikat dan majikanya esok atau bulan depan.

Sebagai pelabur atau orang yang ingin mengumpul kekayaan melalui pelaburan, kembali kepada strategi paling ampuh iaitu LEBIH AWAL MELABUR + LEBIH KERAP MELABUR + LEBIH BANYAK MELABUR + LEBIH LAMA MELABUR = LEBIH UNTUNG.

Isnin, 2 Februari 2009

HARGA UNIT SAHAM TELAH DISKAUN 40%

Salam para pelabur amanah saham yang budiman.

Dua soalan mudah ingin saya tanyakan kepada anda.
Pertama:
Jika harga barangan atau perkhidmatan sudah turun atau diskaun lebih 40% adalah ianya baik untuk dibeli?
Saya pasti pengguna biasa seperti anda berkata, "ya, bagus tu, elok kita beli".

Soalan kedua:
Jika kita adalah peniaga, adakah diskaun 40% itu wajar diberikan kepada pelanggan?
Yang ini juga saya pasti anda akan berkata "ya".

Itulah yang sudah berlaku kepada pasaran saham kita di Malaysia ini. Petunjuk bursa kita KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 43% pada 3 bulan yang lepas. Itu adalah paras terendah yang dicatatkan sejak pasaran kita menurun mulai bulan Januari 2008.
Untuk pengetahuan anda, penurunan pasaran saham Malaysia yang terendah ialah pada tahun 1973 iaitu sebanyak 45%. Manakala purata masa pasaran kita berada di bawah atau lebih dikenali dengan istilah 'bear market' ialah selama 10 bulan.

Sektor ekonomi juga sudah menunjukkan kesan-kesan akibat daripada penurunan pasaran saham itu.

Jadi, kesimpulannya ialah pasaran sudah memberi diskaun yang sepatutnya kepada harga-harga unit saham. Ia perlu naik semula. Isyarat-isyarat yang pasaran sedang menaik juga sudah menjelma.

Saranan saya, bagi anda yang ingin melabur, teruskan melabur sekarang.
InsyaAllah dalam tempoh 3 tahun akan datang anda boleh menuai hasil yang lumayan.

Selamat Melabur.

RZK

Isnin, 1 Disember 2008

BERLUMBA-LUMBALAH MELABUR SEMASA ORANG RAMAI TAKUT!

Itulah nasihat keramat manusia terkaya di dunia Warren Buffet.
Buffet adalah orang kaya dari hasil pelaburan. Beliau mula melabur sejak usia 11 tahun. Hari ini beliau adalah orang paling kaya di dunia, jauh meninggalkan Bill Gates yang pernah menjadi manusia terkaya dunia selama 13 tahun.
Saya tiada pilihan lain selain daripada menyarankan anda turut sama mengikut nasihat Buffet. Ingat dan laksanakan nasihat beliau itu SEKARANG!
"Tamak (perbanyakkan) melabur di waktu orang lain takut untuk melakukannya kerana merasa pasaran akan terus jatuh dan duit modal akan hilang"
Dan nasihat Buffet seterusnya,
"Berhati-hati dan takutlah bila orang lain sedang tamak melabur kerana merasakan pasaran sedang tinggi dan duit modal akan bertambah"
Situasi pasaran merendah jarang-jarang berlaku. Jadi ambil peluang untuk melabur lebih banyak dan berdisiplin mulai sekarang.
Nasihat saya, jadi tahun 2009 sebagai Tahun Menabung/Melabur. Labur setiap bulan di sepanjang tahun 2009.
Anda pasti akan menikmati pulangan yang lebih baik di masa depan. Lihatlah akaun dana pelaburan anda 5 tahun akan datang - satu pergandaan modal yang hebat!

RZK

Khamis, 16 Oktober 2008

APA YANG MENYEKAT ANDA? KENAPA ANDA TIDAK KAYA?

Salam para pelabur.

Pernahkah anda tertanyakan soalan di atas pada diri sendiri atau pada seseorang?

Ramai orang berasa mereka tidak kaya kerana mereka tidak mendapat banyak wang. Mereka sering berkata "kalau saya ada wang lebih nanti bolehlah saya menyimpan dan melabur."

Kebanyakannya orang akan bertelagah sesama sendiri tentang sebab-sebab yang hampir sama mengapa mereka tidak kaya. Teori mereka sebenarnya adalah hampir sama, tiada banyak beza kecuali mereka bertelagah dengan orang kaya. Teorinya pasti jauh berbeza.

Untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah berbanding, mengetahui bagaimana hendak buat duit. Kaya sebenarnya adalah cara bagaimana anda mengendalikan wang setiap hari.

Mungkin ada lebih daripada 10 alasan mengapa anda tidak kaya. Ia termasuklah takut apa yang dikatakan oleh jiran, tabiat yang buruk, tidak tahan sabar dan menunggu lama, tidak ada matlamat kewangan, tidak buat persediaan, cuba cepat kaya, biarkan orang lain uruskan tunai, melabur di tempat yang magik dan anda tidak faham, takut tentang kewangan dan mengabaikan perancangan kewangan.

Bagaimanapun di sini ada 10 alasan yang lebih wajar kenapa anda tidak kaya:-
1. Anda Pentingkan Jenis Kereta Anda
2. Anda Perasan Anda Layak
3. Anda Kurang Menyelerakkan Risiko & Pelaburan
4. Anda Lambat dan Bertangguh
5. Anda Tidak Buat Apa Yang Anda Suka
6. Anda Tidak Suka Belajar
7. Anda Beli Barang Tetapi Tidak Digunkan
8. Anda Tidak Faham Nilai
9. Rumah Anda Terlalu Besar
10. Anda Gagal Mengambil Kesempatan dan Peluang

Untuk mendapatkan huraian mengenai alasan-alasan kenapa anda tidak kaya di atas sila emailkan permintaan anda kepada saya. Ianya khas untuk anda.

Selamat Berbahagia

RZK

Ahad, 31 Ogos 2008

MERDEKA! MARHABAN YA RAMADAN!

Salam para pelabur yang budiman.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Dalam tempoh seminggu ini, situasi negara kita bercampur baul emosinya. Saya melihat ia suatu yang positif kepada kehidupan kita rakyat Malaysia. Pada dua minggu lepas kita melihat kejatuhan yang dramatik kepada indek Bursa Malaysia kita kepada tahap terendah dalam tempoh trend menurun ini. Ada juga beberapa orang pelabur dan bakal pelabur yang bertanya saya tentang keadaan itu. Ada juga beberapa orang yang saya lihat terburu-buru menjual saham mereka tanpa mendapatkan konsultasi daripada saya atau perunding-perunding mereka.
Selepas sahaja pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan, kita telah mula menyaksikan kenaikan semula pasaran saham Malaysia. Walaupun tidak begitu tinggi kerana ramai yang masih menunggu pembentangan belanjawan pada 29 Ogos 2008. Sebaik sahaja pembentangan berlangsung, indeks Bursa Malaysia (KLCI) meningkat lagi sebanyak 30 mata.
Jadi inilah kehidupan. Tahniah kepada para pelabur yang telah melabur dan menambah pelaburan mereka pada ketika Bursa Malaysia menurun tempoh hari. Anda sememangnya bijak kerana membeli dan mengumpul unit saham pada harganya rendah.
Pada 30 Ogos 2008, hampir seluruh media cetak (akhbar) menyiarkan laporan dan analisis khas tentang belanjawan negara. Begitu juga tentang industri Unit Amanah kita ini.
Tahniah kepada semua pelabur kerana anda telah bersama-sama menjadikan Unit Amanah sebagai penyumbang terbesar iaitu lebih 70% kepada industri pengurusan pelaburan di Malaysia. Malah anda juga telah meletakkan Malaysia sebagai negara TERBESAR di rantau Asia Tenggara dalam industri Unit Amanah ini. Syabas!
Hari ini hari MERDEKA bagi negara kita Malaysia. Bagi saya MERDEKA ialah mengembalikan kekayaan, kajayaan dan kegemilangan bangsa Melayu dan negara Malaysia seperti sebelum kita dijajah. Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu adalah wilayah 'EMAS' yang digelar 'Kepulauan Rempah' oleh bangsa barat dan timur sejak awal sebulum tamadun masihi. Rempah dinilai lebih besar dan tinggi berbanding emas oleh mereka. Bangsa kita pada masa itu adalah bangsa yang kaya, berjaya dan gemilang. Oleh itu, marilah kita cuba berusaha untuk menjadi kaya, berjaya dan bahagia.
Esok kita akan memulakan ibadah khusus berpuasa. Saya ucapkan tahniah kepada sahabat2 yang berpuasa sambil berumrah di Mekah. Pahala berpuasa dan apa sahaja perbuatan di sana akan digandakan oleh Allah 10,000 dan 100,000 kali. Mari kita mengumpul kekayaan untuk kita pula berpuasa dan beribadah di sana pada tahun-tahun mendatang.
Kita yang berpuasa di Malaysia, ambillah kesempatan untuk melakukan apa sahaja perbuatan baik kerana semuanya akan digandakan pahala oleh Allah juga. Jadilakan bulan Ramadan sebagai 30 hari untuk kita berkursus menjadi manusia yang lebih hebat, kaya, berjaya dan mati nanti sebagai ahli syurga.

MERDERKA! MARHABAN YA RAMADAN!

RZK.

Isnin, 4 Ogos 2008

PUSINGAN EKONOMI: PELUANG MELABUR SEKARANG!

Saya begitu seronok dan teruja apabila ramai di kalangan rakyat Malaysia yang merasa bertuah akan nikmat pasaran saham sekarang. Telah banyak diperkatakan oleh cerdik pandai ekonomi dan pelaburan bahawa TIADA TANGAN AJAIB yang melemahkan ekonomi negara kita. Dalam akhbar-akhbar utama pada minggu lepas CEO Bursa Malaysia, Dato' Yusli Mohamed Yusoff telahpun mengeluarkan kenyataan yang tepat bahawa asas ekonomi kita adalah kukuh dan pasaran kini berada pada pusingan yang betul.
Bagaimanapun ada juga segelintir daripada rakyat kita yang 'terlebih pandai' dengan pelbagai andaian dan spekulasi. Dengan menggunakan hanya satu atau dua faktor 'daif' mereka sudahpun membuat kesimpulan yang ekonomi dan pasaran pelaburan Malaysia 'begitu dan begini'.
Akhirnya, ramailah rakyat Malaysia mengeluarkan teori "Sekarang Adalah Masa Yang Tidak Sesuai Untuk Melabur/Menabung dan Sekarang Adalah Masa Untuk Menjual/Mengeluarkan Duit Pelaburan, Jika Terus Melabur Kita Akan Rugi Besar". Inilah teori 'BELAKANG JAMBAN' kata seorang pelabur senior dengan emosi. Mereka tidak pernah membaca apa yang diperkatakan oleh Warren Buffet, pelabur terkaya di dunia dan manusia kedua terkaya di dunia.
Seperti kata CEO Bursa Malaysia dan ramai cerdik pandai ekonomi dan pelaburan, ini adalah peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam dana-dana ekuti besar. Bukan mudah untuk membeli unit saham syarikat besar yang mahal semasa pasaran naik, jadi apabila harga unit saham mereka murah, BELILAH!
MELABURLAH SEKARANG! Harga unit saham amanah murah, hanya terpulang kepada sifat peribadi anda. Jika anda seorang yang agresif, laburlah dalam dana yang agresif. Jika anda seorang yang sederhana, maka laburlah dalam dana yang bersifat sederhana risiko dan pulangannya.
Pilihan cukup banyak, LABURLAH SEKARANG!

Sabtu, 12 Julai 2008

PELABURAN & MASA: APA YANG ANDA PERLU TAHU KINI ?


Para pelabur yang budiman,

Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda kepada Public Mutual Berhad dan para perunding Networth Consultants.

A.
Sebagai ingatan, objektif atau tujuan pelaburan Unit Amanah ialah seperti berikut:-

  1. Pelaburan jangka sederhana dan panjang;
  2. Menyediakan kewangan selepas pencen yang selesa;
  3. Menyediakan wang pendapatan bulanan untuk masa depan;
  4. Menyediakan tabung pendidikan tinggi untuk anak/cucu/peribadi;
  5. Menyediakan pendahuluan pembinaan/pembelian rumah idaman;
  6. Mendapatkan semula jumlah pembayaran pinjaman rumah;
  7. Menyelamatkan modal dan keuntungan yang ada sekarang;
  8. Menstrukturkan semula potfolio kewangan;
  9. Mengumpul kekayaan; dan
  10. Pelbagai tujuan peribadi yang bersifat masa depan.

Oleh itu para pelabur sentiasa dicadangkan agar melabur dan terus melabur mengikut tujuan yang dirancang untuk tempoh 3 tahun dan ke atas.

B. Turun Naik Pasaran dan Ekonomi Malaysia

Rajah di atas adalah sejarah (1990 hingga 2007) kepada penunjuk pasaran Malaysia. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia pasaran ekonomi sentiasa naik. Setiap kenaikan pasti ada penurunan, begitu juga setiap penurunan pasti ada kenaikan. Semua ini berlaku kerana setiap manusia perlukan 'survival' untuk terus hidup dan mempunyai sifat semulajadi untuk membaiki kehidupan. Pada tahun 2008 pasaran kembali menurun - harga unit saham amanah anda lebih murah. Inilah hakikat pasaran ekonomi, tiada siapa boleh mengelak dan tiada siapa yang dapat meramal keadaan akan datang. Apa yang terbaik ialah kita merancang dan menggunakan strategi pelaburan yang profesional. Jangan sekali-kali menggunakan strategi ’emosi’ dan ’peribadi’ yang pada amnya logik.

Bagi anda yang telah melabur dengan Public Mutual Berhad, anda bertuah kerana telah memilih pengurus pelaburan unit amanah yang terbesar dan No. 1 di Malaysia. Malah pengurus dana Islam terbaik di Asia. Serahkan pengurusan dana anda kepada mereka yang pakar ini. Pengurus dana Public Mutual adalah profesional, pakar, ternama, bijak dan berkelayakan untuk memastikan pulangan yang terbaik dan berterusan kepada anda para pelabur.

Di pihak anda dan saya sebagai pelabur dan perunding, kita hanya perlu terus mengamalkan sikap dan strategi pelaburan yang betul.

C. Kedudukan Pelaburan Baru

Bagi anda yang baru melabur dalam unit amanah iaitu kurang dari 3 tahun, kedudukan dan pulangan pelaburan anda sekarang tidaklah begitu baik. Kebanyakan anda yang melabur kurang dari 1 tahun, pulangan anda sekarang masih negatif. Dengan kata lain, jika anda menjual (mengeluarkan) unit-unit saham anda sekarang, anda rugi. Kerugian kerana pasaran seluruh dunia berada pada pusingan menurun dan anda belum lagi menerima agihan (dividen) yang boleh membantu anda mengurangkan kos pelaburan serta menambah bilangan unit.

Bagaimanapun bagi anda yang telah melabur 2 tahun, syukur pulangan pelaburan anda adalah baik. Berdasarkan kiraan bertarikh 10 Julai 2008, jika anda melabur dalam dana-dana agresif seperti PIEF, pulangannya tidak kurang daripada 25%. Bagi yang melabur dalam dana-dana sederhana seperti PITTIKAL dan PIDF, pulangannya lebih 22%. Dan bagi anda yang melabur dalam dana seimbang seperti PIBF, pulangan anda tidak kurang daripada 15%. Tahniah.

Bagi anda yang telah membuat pelaburan berterusan seperti melakukan pelaburan tambahan bulanan dan pelaburan tambahan berkala (terutama pada waktu pasaran menurun), anda telah menikmati pulangan yang lebih baik daripada yang di atas. Tahniah.

D. Kedudukan Bursa Malaysia

Mungkin anda tidak tahu sebelum ini, bahawa kedudukan Bursa Malaysia kita adalah antara yang terkuat dan dinamik di dunia (lihat www.bursamalaysia.com). Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang melabur pula dalam unit amanah, anda tidak perlu bimbang tentang bursa dan pasaran saham kita. Kita perlu bersabar dan JANGAN BUAT SPEKULASI (andaian-andaian tidak berasas). Spekulasi akan menyebabkan keadaan lebih buruk. Ia berlaku kepada harga minyak. Antara sebab utama kenaikan harga minyak yang mendadak ialah kerana spekulasi.

Asas ekonomi Malaysia adalah kukuh. Syukur kita masih mempunyai pegangan asas ekonomi yang kuat. Perancangan ekonomi, pelaksanaan projek dan pembangunan negara masih menjadi asas yang menstabilkan ekonomi untuk jangka panjang.

Nilai RINGGIT juga tidak tergugat.

E. Strategi Untuk Anda

Untuk anda, kita mempunyai strategi yang terbaik untuk memastikan pulangan daripada pelaburan kita berbaloi di masa depan.

  1. Serahkan urusan pelaburan dana anda sepenuhnya kepada pakar-pakar Pengurus Dana di Public Mutual Berhad;
  2. Lakukan penambahan pelaburan pada waktu pasaran menurun seperti sekarang (jika anda mempunyai wang lebih atau kepada yang sudah berdisiplin melabur, teruskan melabur dengan jumlah yang lebih besar);
  3. Teruskan melabur secara bulanan dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang Direct Debit Investment (DDI)/Standing Instuction (SI) – iaitu arahan potongan tetap sejumlah amaun wang dari akaun simpanan bank anda ke akaun pelaburan Public Mutual anda. Atau Teruskan melabur tiap bulan mengikut kemampuan secara manual;
  4. Jika anda tidak berkesempatan (tiada wang lebih), JANGAN jual (keluarkan) unit pelaburan anda itu kecuali ia telah lebih 3 tahun dan memberikan pulangan yang anda mahukan. Dengan kata lain, JANGAN USIK & JANGAN BIMBANG, biarkan ia berkembang dengan penambahan daripada agihan (dividen) yang akan anda perolehi setiap tahun.
  5. Alihkan (swicth) dana anda daripada dana agresif ke dana konservatif pada waktu yang anda rasakan tepat. Dapatkan perundingan dahulu sebelum anda membuat keputusan.

Saya cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesional kepada anda untuk sama-sama menyokong dan berkembang. Pelaburan anda sentiasa saya pantau melalui sistem yang telah dibekalkan. Sebarang masalah dan kemusykilan, sila hubungi saya segera. InsyaAllah saya akan memberikan perundingan dan nasihat yang terbaik untuk kewangan masa depan anda.

RZK. 019 – 571 0054 Email: razakbiz@gmail.com

Rabu, 2 Julai 2008

"INFLASI KITA 7%, DUIT KITA MAKIN KURANG"


Anda peka dengan perkembangan ekonomi semasa? Tahniah! Kenapa tidak? Kajian ekonomi, sosial dan psikologi sejak lama dulu menunjukkan 90% masalah yang menghantui manusia seluruh dunia ialah KEWANGAN. Keluhan yang paling banyak dan paling kuat dilontarkan oleh manusia ialah ”tak de duit”, ”duit dah habis”, ”tak cukup duit”. Dalam hidup anda, pernahkah anda hitung berapa kalikah anda mengeluh tentang duit? Ramai juga orang yang tidak mahu percaya atau sengaja tidak mahu percaya bahawa mereka mengeluh tentang duit hampir setiap hari. Dalam masa terdekat ini keluhan itu semakin deras disuarakan, malah orang-orang yang sebelum ini tidak begitu mengeluh juga sudah mengeluh sama.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengunjurkan inflasi kita di Malaysia pada bulan Julai mungkin meningkat 7%. Rata-rata pelbagai pihak berwajib dengan ekonomi Malaysia menjangkakan inflasi kita pada tahun ini adalah antara 4.2 – 7%. Jika ia berada pada 5% itu adalah tidak mustahil.

Pada tahun 2007, Malaysia berada pada tempat ke 64 di dunia dari segi kenaikan harga kerana inflasi kita pada 3.8%. Kita berada kedudukan lebih baik berbanding Thailand yang kadar inflasinya 5.1%. Namun kita jauh terkebelakang berbanding Singpura (2%) dan Jepun (1%).

Itulah kisah benar mengenai kenaikan harga barang di negara kita. Baharu sahaja bulan lepas saya menulis tentang Minyak Naik, Tarif Elektrik Naik dan Beras Naik. Kini jangkaan saya semakin menjadi iaitu anak-anak saya sudah minta ditambahkan belanja sekolah mereka kepada RM1.50 kerana harga makanan di kantin sudah naik (sila baca artikel berkenaan untuk lebih memahami).

Seraya dengan kenaikan kadar inflasi itu, keluhan tentang kurangnya duit semakin kuat dan banyak. Terutama di kalangan pekerja atau pemakan gaji. Kadar kenaikan gaji tidak dapat menyaingi kadar kenaikan harga. Angka sahaja yang bertambah besar tetapi nilai semakin kecil. Bahana juga kepada mereka yang menerima kenaikan gaji dan tunggakan yang diberikan kerajaan pada akhir tahun lepas apabila duit itu digunakan untuk membeli kereta baru yang lebih mahal.

Pelbagai natijah boleh kita ambil daripada kisah benar ini. Apa yang teramat penting ingin saya cadangkan di sini ialah mulalah melabur. Susun semula kewangan anda. Buat perancangan kewangan. Minta perundingan daripada orang yang bertauliah dan berlesen.

Kedua, janganlah lagi ikut cakap dan promosi orang yang menawarkan anda jadi cepat kaya sambil anda goyang kaki – malah berdosa dan haram. Tuhan jadikan manusia bukan untuk goyang kaki tetapi bertebaran atas muka bumi, aktif, berkerja kuat, memakmurkan dunia, menggunakan segala potensi, mencurahkan tenaga, menyebarkan peluang dan segala tindakan yang proaktif.

Ketiga, berniagalah. Salahkah anda berniaga? Berdosakah anda berniaga? Jangan fikir dan buat silap lagi. Mulakan perniagaan yang sah dan halal. Tidak kira anda siapa, berniagalah mengikut kemampuan dan peluang yang anda ada. Asalkan anda tidak membuat salah dan dosa kerana berniaga. Tuhan telah janji dan buktikan 90% rezeki yang diturunkanNya adalah kepada peniaga, hanya 10% sahaja kepada kerjaya yang lain. Salahkah anda berniaga? Berdosakah anda berniaga? TIDAK! Tuhan akan lebih sayang anda apabila anda berniaga. Anda akan mendapat lebih banyak hidayah dan rahmat. Anda akan menjadi orang yang menyelesaikan masalah. Anda akan menjadi pengeluarkan zakat dan cukai yang lebih besar. Ekonomi kita akan lebih makmur dan stabil.

SELAMATKAN EKONOMI ANDA!

Isnin, 30 Jun 2008

BUAT UNTUNG DENGAN MEMANFAATKAN KEADAAN


Sebelum saya memberikan tip berguna untuk anda manfaatkan, sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk tujuan kewangan jangka sederhana dan panjang. Antara tujuan utama Unit Amanah ialah:-

- untuk menyediakan wang yang secukupnya bagi perbelanjaan hidup yang selesa sepanjang hayat selepas pencen;
- menyediakan dana pendidikan anak-anak yang dirancang masuk ke universiti;
- menyediakan wang yang secukupnya untuk membeli rumah;
- mengumpul kekayaan (cth. RM1 juta pada usia 45 tahun);
- menyelamatkan wang (modal dan untung) yang sedia ada; dan
- pelbagai tujuan peribadi yang lain.
Ia memerlukan tempoh pelaburan lebih dari 3 tahun. Dengan kata lain, apabila anda melabur dalam Unit Amanah, anda perlu faham bahawa ia adalah untuk kegunaan 3 tahun ke atas. Ia tidak sama sifatnya dengan simpanan biasa. Wang pelaburan dengan wang untuk kegunaan jangka pendek perlu diasingkan. Wang (modal) pelaburan adalah untuk dikembangkan supaya menjadi lebih aktif dan banyak. Bagi kegunaan semasa, ia perlu diletak dalam akaun simpanan biasa di bank.

Bagaimana anda boleh buat untung besar dengan keadaan pasaran ekonomi sekarang?
Ya, anda memang boleh memanfaatkan situasi sekarang. Pada hari ini Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang menjadi kayu penunjuk pasaran saham dan ekonomi am semasa berada pada paras 1186 mata. Pada pengamatan saya ini adalah angka terendah yang dicapai dalam tempoh setahun kebelakangan. Dalam tempoh 6 bulan ini pasaran saham kita agak mendatar dan secara puratanya ia berada pada paras rendah dalam tempoh 3 tahun. Oleh itu adalah menjadi peluang kepada kita semua yang merupakan pelabur Unit Amanah untuk menggiatkan usaha menambah pelaburan. Inilah masa melabur banyak-banyak. Ia boleh diibaratkan sebagai masa ’bercucuk tanam’ atau ada juga pelabur saya yang menggelarkannya sebagai masa ’membeli belah’, ’big sale’, ’mega shopping’ dan ’jumble sale’.
Tujuan kita menambah pelaburan pada masa ini ialah untuk mengumpul lebih banyak unit. Unit-unit yang kita beli sekarang ini akan kita jual pada masa akan datang mengikut tahun bila kita memerlukannya. Untungnya anda menambah pelaburan sekarang ialah kerana anda akan dapat lebih banyak unit. Contohnya, jika anda telah melabur RM10,000 dalam Dana ABC pada harga RM1 seunit setahun yang lalu di mana pasaran adalah lebih tinggi daripada sekarang, anda telah mendapat 10,000 unit saham. Jika anda melabur RM10,000 lagi sekarang, pada pasaran yang lebih rendah dan murah dengan harga Dana ABC hanya RM0.80 seunit, anda mendapat 12,500 unit. Jadi unit saham anda kini terkumpul sebanyak 22,500.
Jika pasaran menurun lagi, katakan harga unit Dana ABC merendah kepada RM0.60. Bagi pelabur bijak tentu anda akan menambah lagi pelaburan. Katakan anda menambah pelaburan RM10,000 lagi pada harga unit RM0.60, bermakna anda mendapat 16,666 unit. Unit terkumpul anda sekarang sudah menjadi 39,166 (10,000+12,500+16,666).
Pada masa ini kos pelaburan anda semakin rendah. Pada asalnya kos pelaburan anda ialah RM1 untuk seunit dana, tetapi kini kos pelaburan anda hanya RM0.77 seunit (RM30,000 / 39,166).
Sudah pasti pula dalam beberapa bulan akan datang anda akan menerima agihan (dividen) tahunan. Katakan agihannya ialah RM0.05 (5 sen) seunit, pada harga dana RM0.80, ia akan menambah unit anda lagi. RM0.05 X 39,166 unit = RM1,958.30. RM1,958.30 X RM0.80 seunit = 1,566.64 unit. Jadi unit terkumpul anda sekarang ialah 40,732.64 unit. Berapakah kos pelaburan anda sekarang? Ya, hanya RM0.74 seunit. Bukankah ini menguntungkan?
(Perhatian: 1. Amaun setiap pelaburan tambahan minimum ialah RM100, tidak semestinya sama dengan jumlah pelaburan awal. 2. Penambahan boleh dibuat banyak kali mengikut keselesaan kewangan dan masa. 3. Strategi ini hanya untuk satu dana yang sama, tidak sesuai dialihkan (switch) ke dana lain dalam kategori sama yang harga unitnya berbeza)


Untuk meyakinkan anda, pasaran dan ekonomi kita pasti akan tinggi semula. KLCI pasti akan naik semula. Ini lumrah dan perkara biasa. Setiap jatuh pasti ada naik dan setaip kenaikan pasti ada menurun. Itulah adilnya pasaran, kerana tiada siapa di kalangan pemilik-pemilik syarikat, konglomerat , usahawan dan ahli politik yang mahu ekonominya sentiasa menurun. Teori dan sejarah (amali) telah membuktikan bahawa pasaran pasti akan naik selepas kejatuhan. Setiap kenaikan ada baiknya dan setiap kejatuhan juga ada baik dan peluangnya. Sebab itu juga, Unit Amanah dibentuk untuk memberi keadilan kepada para pelabur, setiap 3 tahun pasti ada perubahan. Laburlah untuk 3 tahun dan ke atas. Anda pasti untung.

Andaikan pelaburan anda sudah berusia 3 tahun pada 2 tahun akan datang. Andaikan juga harga Dana ABC menaik semula tetapi tidak banyak hanya kepada RM0.90 seunit. Iaitu kurang 10 sen daripada harga asal semasa anda mula melabur. Pada waktu itu anda ingin menjual kesemua unit dana pelaburan anda.
Sebelum itu anda perlu ingat, ada 2 kali lagi agihan tahunan yang telah diberikan iaitu pada tahun kedua dan ketiga. Katakan agihannya adalah sama seperti tahun pertama tadi iaitu RM0.05 seunit, juga pada harga RM0.80. Jadi unit terkumpul anda pada tahun ketiga ialah sebanyak 44,056.40.
Apabila anda jual unit amanah anda pada waktu itu anda akan memperolehi RM39,650.80. Berapakan untung anda?
Ya, RM9,650.80 (RM39,650.80 – RM30,000). Berapakah kadarnya? Kadar pulangan keseluruhan yang anda terima ialah 33% untuk pelaburan 3 tahun itu atau 11% keuntungan setiap tahun. Dengan kata lain, anda tidak perlu menunggu lama atau harga unit dana anda naik melebihi RM1 untuk membuat untung besar. Anda boleh melakukannya sekarang!
Selamat Melabur–Ambil Kesempatan Semasa Pasaran Menurun & Harga Rendah!

Khamis, 5 Jun 2008

Harga Minyak Naik! Tarif Elektrik Naik! Beras Naik!


Adakah kenaikan harga barang dan perkhidmatan suatu yang terlalu asing? Ya, jawapannya TIDAK. Kenaikan harga akan terus berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada sistem ekonomi dan kehidupan. Saya banyak kali mendengar bapa, datuk dan orang-orang tua bercerita tentang kehidupan di zaman muda mereka. Mereka membeli nasi lemak hanya berharga 5 sen dan minum kopi di kedai dengan harga 2 sen. Pada zaman persekolahan saya pula, dengan 30 sen belanja sekolah saya dapat membeli semangkuk laksa dan segelas sirap. Hari ini anak-anak saya, saya bekalkan RM1 untuk membeli makanan dan minuman yang sama. Percayalah tahun hadapan anak-anak saya perlukan RM2 untuk mendapatkan barangan yang sama. Inilah inflasi.
Inflasi tidak akan berhenti, ia sebahagian daripada kehidupan. Kita perlu menyedari dan menerimanya. Ia adalah hakikat - kita tidak berupaya benar mengelaknya.
Dengan kadar inflasi sekitar 3% setahun di Malaysia, perbelanjaan tahunan kebanyakan daripada kita yang bernilai RM36,000 setahun (RM3000 sebulan) sekarang adalah sama nilainya dengan RM56,000 pada 15 tahun akan datang. Maknanya jika hari ini anda dapat memenuhi perbelanjaan isi rumah anda dengan RM36,000 setahun, tetapi pada tahun 2023 nanti anda memerlukan RM56,000 untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan yang sama seperti hari ini. Anda Sudah BERSEDIA?
Jadi jika anda ingat terus hidup, anda perlukan perancangan kewangan yang betul. Anda perlu menjadi orang yang tahu tentang pelaburan, simpanan dan perniagaan. Tidak penting skala besar atau kecil, yang amat perlu ialah anda mengetahuinya, yang amat terdesak ialah anda mula BERTINDAK melabur sebahagian daripada duit anda sekarang untuk keperluan masa depan. Jangan anda habis belanjakan duit gaji anda. Labur untuk masa depan.

7 Sebab BESAR Orang GAGAL Bisnes/Membina Kewangan

1. Kabur Tentang Erti KAYA
Apabila disebut sahaja perkataan ’kaya’ orang ini mula melangkah ke belakang, menundukkan muka, mencebihkan bibir atau menggelingkan kepala. Apabila ditanya, ”adakah anda buat bisnes ini untuk kaya?” Orang ini menjawab, ”tidaklah, hanya untuk hidup”. Bagi orang ini, kaya itu memalukan, ada juga yang merasa agak hina dan kebanyakannya merasa luar biasa atau mungkin menjadikannya golongan yang terasing daripada kawan-kawan. Orang ini tidak berani mengaku mereka ingin kaya – mereka lebih selesa memberi alasan untuk kekal biasa.
Orang ini kabur tentang erti kekayaan. Orang yang kabur tentang kekayaan, mana mungkin menjadi kaya dan berjaya dalam bisnes atau membina kewangannya. Mereka berfikiran kecil, seolah-olah berfikiran besar itu berdosa, dongeng, karut, busuk, mati dan kiamat.
Kita terutamanya orang Islam wajib kaya. Kita mesti menjadi orang yang menyelesaikan masalah bukan orang yang memberi masalah. Kita mesti menguasai bukan dikuasai. Kita mesti menjadi penyumbang bukan meminta sumbangan. Kita mesti kaya, kaya dan kaya.
2. Salah Tanggap Tentang Kerjaya Bisnes
Orang yang telah menceburi bisnes tetapi masih salah tanggap tentang bisnes pasti akan gagal. Was-was dengan kerjaya bisnes adalah yang paling bahaya. Orang ini menganggap bisnes hanya untuk dapat duit poket tambahan. Tanggapan mereka itu akan menjadi benar kerana kita akan dapat apa yang kita fikirkan.
Orang yang buat bisnes tetapi masih menganggap makan gaji lebih utama juga akan terbatas. Mana mungkin orang makan gaji akan lebih kaya daripada majikan yang membina bisnes. Jika anda berniaga, fokus kepada bisnes - ia milik anda.
Orang buat bisnes tetapi menganggap bisnes bukan kerjaya pilihan Tuhan juga tidak pegi jauh. Islam telah menyebut 9/10 rezeki yang ditaburkan oleh Allah ialah kepada bisnes. Hanya 10% sahaja rezeki dari kerjaya lain. Secara statistiknya, jika Tuhan menurunkan rezeki sebanyak RM20 billion, maka RM18 billion adalah untuk usahawan dan RM2 billion untuk pekerja. Dengan nisbah 1:10 antara usahawan dengan pekerja yang ada di negara-negara sedang membangun, anda boleh buktikan sendiri – rujuk statistik negara Malaysia.
3. Ingin Terlalu Cepat Kaya & Mewah
Ini juga penyakit orang gagal dalam bisnes. Buat sahaja bisnes terus terlalu ghairah untuk hidup mewah. Orang ini akan melakukan apa sahaja asalkan mereka cepat mewah. Larangan Tuhan, adat budaya, kemanusiaan dan etika semua dilanggar demi atas nama bersungguh dan teruja untuk kaya dan hidup mewah. Orang ini akan susah juga akhirnya.
Orang ini tidak sanggup menangguhkan keinginan hidup mewahnya. Untung sahaja terus beli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, aksesori mewah dan macam-macam barangan mewah yang lain. Adakalanya orang ini sanggup menggunakan wang modal atau sumber kredit untuk memiliki hidup mewah dalam masa yang singkat. Biasanya bisnes dan kewangan orang ini akan bermasalah. Akhirnya belum sampai 5 tahun mereka ’gulung tikar’.
Orang ini, lebih parah apabila menggunakan bisnesnya untuk menunjuk-nunjuk yang kononnya bisnes beliau hebat – ”lihatlah kawan-kawan dalam masa yang sangat singkat saya sudah mampu memiliki semua ini”. Hakikatnya? Orang yang begini pasti tahu bagaimana rasanya. Riak jawapannya gagal.
4. Malas belajar
Paling ramai orang gagal dalam bisnes dan membina kewangan ialah kerana malas belajar. Lain bisnes, lain ilmunya. Malah walaupun dalam bisnes yang hampir sama, ilmu menjualnya dan mengembangkannya berbeza-beza. Hanya dengan menggunakan ilmu yang sedia ada untuk bisnes yang baru pasti tidak lancar.
Kelaziman dalam dunia bisnes tersedia pelbagai kursus, latihan, seminar, perjumpaan dan perbincangan. Lazim juga bagi orang ini mereka malas datang belajar. Orang ini rasa dia sudah tahu, tiada pentingnya meluangkan masa belajar. Keutamaan mereka hanya kepada bersantai kemudian pergi menjual dan bersantai kemudian pergi menjual. Ia samalah ibaratnya seperti penebang pokok yang hanya berulang kali menebang kemudian berehat di tepi sungai tanpa mengasah kapaknya. Kapak yang tumpul tidak mungkin mampu menebang banyak pokok, malah tenaga yang digunakan juga sangat banyak. Orang ini akan keletihan sambil hasilnya pula sedikit.
Orang yang tidak mementingkan ilmu tidak disukai oleh Tuhan. Hidayah akan terhalang, rezeki akan tersekat.
Orang yang malas belajar pasti tidak mampu mengajar. Apabila tiada ilmu yang boleh diajar, tiadalah orang hebat mahu mendampingi. Orang ini akan kesunyian, lemah dan hilang semangat – akhirnya meninggalkan bisnesnya.
5. Malu menawarkan perkhidmatan
Orang ini hanya tahu membuka kedai tetapi malu untuk mempelawa pelanggan membeli barangannya. Kedainya umpama muzium, hanya menjadi tontonan pelanggan sahaja. Orang ini mempunyai produk dan perkhidmatan yang hebat tetapi malu membuka mulut serta malu mencadangkan kepada pelanggan untuk membeli seterusnya memiliki kepuasan daripada produk dan perkhidmatan tersebut.
Orang ini malu tidak bertempat. Barang yang baik malu untuk diberitahu tetapi hal yang buruk riuh didedahkan. Apa yang orang ini dapat ialah apa yang busuk sahaja.
Orang ini malu meminta. Psikolgi menjelaskan tanpa permintaan pihak lain tidak tahu apa yang hendak diberikan. Prinsip ekonomi pula menyatakan tanpa permintaan tiadalah penawaran. Jadi orang ini malu untuk meminta pelanggannya membeli, malu untuk meminta bayaran, malu untuk meminta komitmen, malu, malu dan malu. Malu bertanya sesat jalan. Malu menjual dan menawarkan perkhidmatan, gagallah bisnes.
6. Hanya mahu untung, tidak mahu melabur
Orang ini ibarat seorang penjual mi rebus yang hanya mahu menjual mi rebusnya sahaja tanpa mahu membeli mi. Mahu untung sahaja, modal tidak mahu keluar. Mahu kaya sahaja, usaha tidak mahu. Mahu duit sahaja, pelaburan tidak mahu. Mahu orang berlaku adil padanya tetapi tidak mahu berlaku adil pada orang. Orang ini juga biasanya gagal membina kewanagan.
Orang ini tidak suka risiko – mahu untung tetapi risiko tidak mahu. Ini orang zalim. Tuhan akan menzalimi orang ini.
Orang ini mahu berjaya, banyak duit dan dikenali, tetapi tidak mahu melaburkan modal, masa, tenaga, ilmu dan idea. Mahu jadi jutawan tetapi melaburkan modal RM5, melaburkan masa bekerja 5 jam sebulan, melaburkan perjalanan 5 km seminggu dan melaburkan peluang menuntut ilmu 5 minit sehari.
7. Sombong, tidak mahu minta pada Tuhan
Orang ini hanya mengguna keupayaan dirinya sahaja tanpa memohon kepada Tuhan yang mencipta dan mengilhamkan idea kepadanya. Dari pagi hingga ke malam berniaga dengan sepenuh kudrat, minda dan emosi tetapi sering terlupa untuk memita doa daripada Tuhan.
Apa sahaja rezeki adalah anugerah Tuhan, kita hanya mengusahakannya sahaja. Jadi mintalah pada Tuhan.

Sabtu, 12 April 2008

Beli Semasa Murah, Jual Apabila Mahal

Murah Beli, Murah Beli, Murah Beli… Mahal Jual!

Hukum membeli adalah sama dengan hukum melabur dan hukum membuat untung lebih tinggi. Untuk menikmati untung yang lebih tinggi, biasanya kita akan membeli sesuatu barangan pada harga rendah atau menurun. Sama juga dengan melabur dalam unit amanah – apabila berlaku penurunan harga akibat penurunan pasaran sama ada dalam negara atau luar negara, ia adalah masa untuk kita membeli atau menambah unit amanah kita dengan agresif. Dalam erti kata lain, laburlah lagi duit anda lebih banyak pada waktu ini.

Misalnya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran saham di Malaysia mengalami penurunan akibat kesan masalah ekonomi di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Ada juga sedikit kesan tidak langsung ekoran pilihanraya umum. Prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) merosot lebih 200 mata. Ia menyebabkan harga unit amanah juga menurun sedikit.

Bagi pelabur yang kurang maklumat benar mereka akan panik dan takut. Hinggakan ada di kalangan pelabur yang tergesa-gesa menjual unit amanah mereka. Alasannya takut rugi. Ada pula pelabur yang lain, tidak mahu melabur atau menambah pelaburan mereka dengan alasan ekonomi dan pasaran tidak baik, tidak stabil sekarang.

Berbeza dengan pelabur yang cukup maklumat yang betul, mereka akan tersenyum kerana inilah masa untuk mereka memasuki pasaran atau melabur dengan amaun yang lebih besar. Bukan senang untuk mendapat peluang harga unit saham berada diparas yang murah. Murah maka beli. Apabila pasaran naik sahaja sedikit kita sudah untung. Berbanding dengan mereka yang tunggu pasaran dan harga naik semula baru nak melabur, maka mereka perlu menunggu pasaran naik lebih tinggi untuk mengaut untung.

Pada saat-saat seperti ini, anda sepatutnya membeli atau memegang pelaburan anda untuk tempoh sederhana dan panjang. Jangan jual waktu harga murah, juallah semasa harga mahal. Prinsip ini dinamakan ’beli dan pegang’.

Untuk mengukuhkan maklumat anda, sifat pasaran atau ekonomi ialah turun dan naik. Sifat berniaga ialah untung dan rugi. Jika anda hanya ingin naik dan untung, anda tidak berpijak di bumi nyata – itu khayalan sahaja. Jika anda anggap ekonomi tidak bagus sentiasa turun sahaja juga adalah salah – boleh saya katakan anda ’menipu’ atau menafikan untung yang anda telah dapat dengan mengatakan anda rugi. Ini semua salah dari segi ilmu dan tabii.

Soalan yang mudah boleh kita tanya pada diri kita sendiri – Berguna atau tidak pasang dan surut air laut? Berguna atau tidak siang dan malam? Berguna atau tidak lelaki dan perempuan? Berguna atau tidak naik dan turun? Berguna atau tidak untung dan rugi? Semuanya ada peranan dan fungsi. Ilmu dan maklumat akan membezakan antara orang yang mendapat manfaat dengan orang yang ketinggalan.
Teruskan Melabur Sehingga Matlamat Kewangan Anda Tercapai.

Selamat Melabur.