Murah Beli, Murah Beli, Murah Beli… Mahal Jual!
Hukum membeli adalah sama dengan hukum melabur dan hukum membuat untung lebih tinggi. Untuk menikmati untung yang lebih tinggi, biasanya kita akan membeli sesuatu barangan pada harga rendah atau menurun. Sama juga dengan melabur dalam unit amanah – apabila berlaku penurunan harga akibat penurunan pasaran sama ada dalam negara atau luar negara, ia adalah masa untuk kita membeli atau menambah unit amanah kita dengan agresif. Dalam erti kata lain, laburlah lagi duit anda lebih banyak pada waktu ini.
Misalnya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran saham di Malaysia mengalami penurunan akibat kesan masalah ekonomi di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Ada juga sedikit kesan tidak langsung ekoran pilihanraya umum. Prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) merosot lebih 200 mata. Ia menyebabkan harga unit amanah juga menurun sedikit.
Bagi pelabur yang kurang maklumat benar mereka akan panik dan takut. Hinggakan ada di kalangan pelabur yang tergesa-gesa menjual unit amanah mereka. Alasannya takut rugi. Ada pula pelabur yang lain, tidak mahu melabur atau menambah pelaburan mereka dengan alasan ekonomi dan pasaran tidak baik, tidak stabil sekarang.
Berbeza dengan pelabur yang cukup maklumat yang betul, mereka akan tersenyum kerana inilah masa untuk mereka memasuki pasaran atau melabur dengan amaun yang lebih besar. Bukan senang untuk mendapat peluang harga unit saham berada diparas yang murah. Murah maka beli. Apabila pasaran naik sahaja sedikit kita sudah untung. Berbanding dengan mereka yang tunggu pasaran dan harga naik semula baru nak melabur, maka mereka perlu menunggu pasaran naik lebih tinggi untuk mengaut untung.
Pada saat-saat seperti ini, anda sepatutnya membeli atau memegang pelaburan anda untuk tempoh sederhana dan panjang. Jangan jual waktu harga murah, juallah semasa harga mahal. Prinsip ini dinamakan ’beli dan pegang’.
Untuk mengukuhkan maklumat anda, sifat pasaran atau ekonomi ialah turun dan naik. Sifat berniaga ialah untung dan rugi. Jika anda hanya ingin naik dan untung, anda tidak berpijak di bumi nyata – itu khayalan sahaja. Jika anda anggap ekonomi tidak bagus sentiasa turun sahaja juga adalah salah – boleh saya katakan anda ’menipu’ atau menafikan untung yang anda telah dapat dengan mengatakan anda rugi. Ini semua salah dari segi ilmu dan tabii.
Soalan yang mudah boleh kita tanya pada diri kita sendiri – Berguna atau tidak pasang dan surut air laut? Berguna atau tidak siang dan malam? Berguna atau tidak lelaki dan perempuan? Berguna atau tidak naik dan turun? Berguna atau tidak untung dan rugi? Semuanya ada peranan dan fungsi. Ilmu dan maklumat akan membezakan antara orang yang mendapat manfaat dengan orang yang ketinggalan.

Teruskan Melabur Sehingga Matlamat Kewangan Anda Tercapai.
Selamat Melabur.
Terima kasih sebab memperkenalkan blog ini, semua artikel yang dipaparkan sememangnya berinformasi dan sangat berguna bagi pelabur dan juga bakal pelabur. Saya ada beberapa soalan:
BalasPadam1. April 2008 menyaksikan penurunan harga unit amanah disebabkan faktor luaran dan dalaman negara, bagaimana dengan ramalan harga unit amanah dalam 2 bulan dari sekarang (May-Jun)? Adakah harga akan naik? Jika ya, apakah faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kenaikan harga unit?
2. Adakah belanjawan juga akan mempengaruhi harga unit amanah? Jika ya, bagaimana?
Terima kasih.
Tahniah saya ucapkan kpd Roslin krn memberi perhatian kpd perkara penting yg sering diabaikan oleh org lain.
BalasPadam1. Pada dasarnya tiada siapa boleh meramal apa yg akan berlaku. Berpandukan kpd rekod dan sejarah sahaja kita boleh membuat keputusan. Dalam Unit Trust apa yang akan berlaku dalam tempoh singkat akan dtg tdk lah penting, yang terpenting ialah apa, berapa dan bagaimana status kewangan yg kita mahu pada masa depan. Misalnya 3, 5, 7, 10, 15 & 20 tahun akan dtg. Itu akan membuatkan kita melabur & menanbung.
Pasaran & harga unit akan turun dan naik pada bila2 masa dalam tempoh 3 tahun sekali (kebiasaan Malaysia), Jadi skrg adalah penurunan biasa & kenaikan pasti akan berlaku slps ini. Bila? Tiada jawapan pasti. Cuma berdasarkan beberapa ramalan penganalisis Pasaran (KLCI) akan capai 1600 mata tahun depan 2009-2010.
2. Semua faktor dan komponen ekonomi akan mempengaruhi harga. Cuma tahap sensitifnya sahaja bebeza dgn Pasaran Saham. Unit Trust tidak terlalu sensitif.
Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
BalasPadamAiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Hello Dear, Permohonan Pinjaman Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: gloryloanfirm@gmail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah. Tawaran kami sebanyak $ 3,000.00 kepada $ 20,000.000.00 juga memohon maklumat lanjut {Lengkapkan borang di bawah pinjaman} Nama anda: =========== NEGARA: =========== NEGERI =========== ALAMAT: =========== GENRE: =========== Jumlah yang diperlukan: ========== = TEMPOH: =========== NOMBOR TELEFON: =========== ============= nama Puan Glory Hubungi kami di e Ini -mel: gloryloanfirm@mail.com Salam
BalasPadamAkaun yang lebih baik bagi syarikat-syarikat yang sah.
Balas