KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

Khamis, 5 Jun 2008

7 Sebab BESAR Orang GAGAL Bisnes/Membina Kewangan

1. Kabur Tentang Erti KAYA
Apabila disebut sahaja perkataan ’kaya’ orang ini mula melangkah ke belakang, menundukkan muka, mencebihkan bibir atau menggelingkan kepala. Apabila ditanya, ”adakah anda buat bisnes ini untuk kaya?” Orang ini menjawab, ”tidaklah, hanya untuk hidup”. Bagi orang ini, kaya itu memalukan, ada juga yang merasa agak hina dan kebanyakannya merasa luar biasa atau mungkin menjadikannya golongan yang terasing daripada kawan-kawan. Orang ini tidak berani mengaku mereka ingin kaya – mereka lebih selesa memberi alasan untuk kekal biasa.
Orang ini kabur tentang erti kekayaan. Orang yang kabur tentang kekayaan, mana mungkin menjadi kaya dan berjaya dalam bisnes atau membina kewangannya. Mereka berfikiran kecil, seolah-olah berfikiran besar itu berdosa, dongeng, karut, busuk, mati dan kiamat.
Kita terutamanya orang Islam wajib kaya. Kita mesti menjadi orang yang menyelesaikan masalah bukan orang yang memberi masalah. Kita mesti menguasai bukan dikuasai. Kita mesti menjadi penyumbang bukan meminta sumbangan. Kita mesti kaya, kaya dan kaya.
2. Salah Tanggap Tentang Kerjaya Bisnes
Orang yang telah menceburi bisnes tetapi masih salah tanggap tentang bisnes pasti akan gagal. Was-was dengan kerjaya bisnes adalah yang paling bahaya. Orang ini menganggap bisnes hanya untuk dapat duit poket tambahan. Tanggapan mereka itu akan menjadi benar kerana kita akan dapat apa yang kita fikirkan.
Orang yang buat bisnes tetapi masih menganggap makan gaji lebih utama juga akan terbatas. Mana mungkin orang makan gaji akan lebih kaya daripada majikan yang membina bisnes. Jika anda berniaga, fokus kepada bisnes - ia milik anda.
Orang buat bisnes tetapi menganggap bisnes bukan kerjaya pilihan Tuhan juga tidak pegi jauh. Islam telah menyebut 9/10 rezeki yang ditaburkan oleh Allah ialah kepada bisnes. Hanya 10% sahaja rezeki dari kerjaya lain. Secara statistiknya, jika Tuhan menurunkan rezeki sebanyak RM20 billion, maka RM18 billion adalah untuk usahawan dan RM2 billion untuk pekerja. Dengan nisbah 1:10 antara usahawan dengan pekerja yang ada di negara-negara sedang membangun, anda boleh buktikan sendiri – rujuk statistik negara Malaysia.
3. Ingin Terlalu Cepat Kaya & Mewah
Ini juga penyakit orang gagal dalam bisnes. Buat sahaja bisnes terus terlalu ghairah untuk hidup mewah. Orang ini akan melakukan apa sahaja asalkan mereka cepat mewah. Larangan Tuhan, adat budaya, kemanusiaan dan etika semua dilanggar demi atas nama bersungguh dan teruja untuk kaya dan hidup mewah. Orang ini akan susah juga akhirnya.
Orang ini tidak sanggup menangguhkan keinginan hidup mewahnya. Untung sahaja terus beli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, aksesori mewah dan macam-macam barangan mewah yang lain. Adakalanya orang ini sanggup menggunakan wang modal atau sumber kredit untuk memiliki hidup mewah dalam masa yang singkat. Biasanya bisnes dan kewangan orang ini akan bermasalah. Akhirnya belum sampai 5 tahun mereka ’gulung tikar’.
Orang ini, lebih parah apabila menggunakan bisnesnya untuk menunjuk-nunjuk yang kononnya bisnes beliau hebat – ”lihatlah kawan-kawan dalam masa yang sangat singkat saya sudah mampu memiliki semua ini”. Hakikatnya? Orang yang begini pasti tahu bagaimana rasanya. Riak jawapannya gagal.
4. Malas belajar
Paling ramai orang gagal dalam bisnes dan membina kewangan ialah kerana malas belajar. Lain bisnes, lain ilmunya. Malah walaupun dalam bisnes yang hampir sama, ilmu menjualnya dan mengembangkannya berbeza-beza. Hanya dengan menggunakan ilmu yang sedia ada untuk bisnes yang baru pasti tidak lancar.
Kelaziman dalam dunia bisnes tersedia pelbagai kursus, latihan, seminar, perjumpaan dan perbincangan. Lazim juga bagi orang ini mereka malas datang belajar. Orang ini rasa dia sudah tahu, tiada pentingnya meluangkan masa belajar. Keutamaan mereka hanya kepada bersantai kemudian pergi menjual dan bersantai kemudian pergi menjual. Ia samalah ibaratnya seperti penebang pokok yang hanya berulang kali menebang kemudian berehat di tepi sungai tanpa mengasah kapaknya. Kapak yang tumpul tidak mungkin mampu menebang banyak pokok, malah tenaga yang digunakan juga sangat banyak. Orang ini akan keletihan sambil hasilnya pula sedikit.
Orang yang tidak mementingkan ilmu tidak disukai oleh Tuhan. Hidayah akan terhalang, rezeki akan tersekat.
Orang yang malas belajar pasti tidak mampu mengajar. Apabila tiada ilmu yang boleh diajar, tiadalah orang hebat mahu mendampingi. Orang ini akan kesunyian, lemah dan hilang semangat – akhirnya meninggalkan bisnesnya.
5. Malu menawarkan perkhidmatan
Orang ini hanya tahu membuka kedai tetapi malu untuk mempelawa pelanggan membeli barangannya. Kedainya umpama muzium, hanya menjadi tontonan pelanggan sahaja. Orang ini mempunyai produk dan perkhidmatan yang hebat tetapi malu membuka mulut serta malu mencadangkan kepada pelanggan untuk membeli seterusnya memiliki kepuasan daripada produk dan perkhidmatan tersebut.
Orang ini malu tidak bertempat. Barang yang baik malu untuk diberitahu tetapi hal yang buruk riuh didedahkan. Apa yang orang ini dapat ialah apa yang busuk sahaja.
Orang ini malu meminta. Psikolgi menjelaskan tanpa permintaan pihak lain tidak tahu apa yang hendak diberikan. Prinsip ekonomi pula menyatakan tanpa permintaan tiadalah penawaran. Jadi orang ini malu untuk meminta pelanggannya membeli, malu untuk meminta bayaran, malu untuk meminta komitmen, malu, malu dan malu. Malu bertanya sesat jalan. Malu menjual dan menawarkan perkhidmatan, gagallah bisnes.
6. Hanya mahu untung, tidak mahu melabur
Orang ini ibarat seorang penjual mi rebus yang hanya mahu menjual mi rebusnya sahaja tanpa mahu membeli mi. Mahu untung sahaja, modal tidak mahu keluar. Mahu kaya sahaja, usaha tidak mahu. Mahu duit sahaja, pelaburan tidak mahu. Mahu orang berlaku adil padanya tetapi tidak mahu berlaku adil pada orang. Orang ini juga biasanya gagal membina kewanagan.
Orang ini tidak suka risiko – mahu untung tetapi risiko tidak mahu. Ini orang zalim. Tuhan akan menzalimi orang ini.
Orang ini mahu berjaya, banyak duit dan dikenali, tetapi tidak mahu melaburkan modal, masa, tenaga, ilmu dan idea. Mahu jadi jutawan tetapi melaburkan modal RM5, melaburkan masa bekerja 5 jam sebulan, melaburkan perjalanan 5 km seminggu dan melaburkan peluang menuntut ilmu 5 minit sehari.
7. Sombong, tidak mahu minta pada Tuhan
Orang ini hanya mengguna keupayaan dirinya sahaja tanpa memohon kepada Tuhan yang mencipta dan mengilhamkan idea kepadanya. Dari pagi hingga ke malam berniaga dengan sepenuh kudrat, minda dan emosi tetapi sering terlupa untuk memita doa daripada Tuhan.
Apa sahaja rezeki adalah anugerah Tuhan, kita hanya mengusahakannya sahaja. Jadi mintalah pada Tuhan.

3 ulasan:

  1. memang benar apa yang saudara katakan...yang penting, diri sendiri perlu bersedia untuk berubah.

    BalasPadam
  2. t.kasih atas sokongan anda. Manusia boleh berubah. manusia dinamik. 95% manusia yang berubah adalah tanpa persediaan. mrk berubah krn faktor luaran dan dalaman. berubah krn tekanan, dorongan org lain, kerja, persekitaran dsb. atau mrk berubah krn kesedaran dalaman iaitu mrk faham dan insaf bertapa penting dan utamanya perubahan. Ilmu dan maklumat mbbkn mrk berubah. Kata nabi mrk yg tidak berubah dalam masa 2 hari iaitu tiada prkmbgn dari segi pemikiran, usaha, amal dan keputusan mrk akan kerugian byk perkara n tiada kemanisan dalam hidup. jadi teruslah berubah. pesan sy kpd diri sy jgn tunggu 'sedia' utk berubah. ianya x mungkin berlaku.

    BalasPadam
  3. Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    BalasPadam