Adakah kenaikan harga barang dan perkhidmatan suatu yang terlalu asing? Ya, jawapannya TIDAK. Kenaikan harga akan terus berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada sistem ekonomi dan kehidupan. Saya banyak kali mendengar bapa, datuk dan orang-orang tua bercerita tentang kehidupan di zaman muda mereka. Mereka membeli nasi lemak hanya berharga 5 sen dan minum kopi di kedai dengan harga 2 sen. Pada zaman persekolahan saya pula, dengan 30 sen belanja sekolah saya dapat membeli semangkuk laksa dan segelas sirap. Hari ini anak-anak saya, saya bekalkan RM1 untuk membeli makanan dan minuman yang sama. Percayalah tahun hadapan anak-anak saya perlukan RM2 untuk mendapatkan barangan yang sama. Inilah inflasi.
Inflasi tidak akan berhenti, ia sebahagian daripada kehidupan. Kita perlu menyedari dan menerimanya. Ia adalah hakikat - kita tidak berupaya benar mengelaknya.
Dengan kadar inflasi sekitar 3% setahun di Malaysia, perbelanjaan tahunan kebanyakan daripada kita yang bernilai RM36,000 setahun (RM3000 sebulan) sekarang adalah sama nilainya dengan RM56,000 pada 15 tahun akan datang. Maknanya jika hari ini anda dapat memenuhi perbelanjaan isi rumah anda dengan RM36,000 setahun, tetapi pada tahun 2023 nanti anda memerlukan RM56,000 untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan yang sama seperti hari ini. Anda Sudah BERSEDIA?
Jadi jika anda ingat terus hidup, anda perlukan perancangan kewangan yang betul. Anda perlu menjadi orang yang tahu tentang pelaburan, simpanan dan perniagaan. Tidak penting skala besar atau kecil, yang amat perlu ialah anda mengetahuinya, yang amat terdesak ialah anda mula BERTINDAK melabur sebahagian daripada duit anda sekarang untuk keperluan masa depan. Jangan anda habis belanjakan duit gaji anda. Labur untuk masa depan.

ya saya setuju sangat.
BalasPadamterima kasih di atas ulasan dan pandangan saudara mengenai isu semasa dan kaitan dengan pelaburan.
BalasPadambagaimana dengan pelaburan melalui simpanan kwsp....tq
BalasPadamt.kasih kpd yg bertanya. ada baik juga jika sy tahu nama anda. pelaburan unit trust ialah pengembangan duit/modal utk jangka panjang terutama utk penyediaan wang semasa pencen. di negara2 membangun mrk tiada skim mcm KWSP ni, mereka perlu merancang sendiri dengan UT. jadi industri UT di UK, US, India, Jepun, Thai, Aust mmg rancak. 60% pekerja melabur dalam UT. oleh sbb itu, kewangan persaraan rakyat negara berkenaan amat mencukupi, mereka mmg sudah menyediakan satu amaun yg cukup utk mereka hidup selesa dan ada lebihan hingga umur 80 tahun.
BalasPadamdi malaysia mungkin kita 'bertuah' krn ada KWSP yg mewajibkan pekerja mencarum, tetapi amaun yg bakal diterima adalah jauh daripada mencukupi utk hidup lps pencen. rata2 pekerja di msia mdpt RM180 ribu sahaja & ia hanya cukup utk menampung hidup 2-3 tahun slps pencen sahaja (dgn andai tiada hutang dan keperluan besar).
oleh itu, KWSP juga membenarkan pencarum KWSP melabur sbhgn daripada caruman mereka dpd akuan 1 ke dalam UT. bagi sy ianya MESTI krn ia pasti akan memberikan pulangan yang sgt2 membantu para pesara kelak. Apa yang perlu ialah ikut sahaja syarat yg telah ditetapkan oleh peraturan dan KWSP, semuanya akan dikendali & dipantuau oleh perunding spt sy.
RZK.
Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
BalasPadamAiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com