KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

Rabu, 10 Oktober 2007

Tip Kewangan 0710.1: Keluar Dari Lubang (HUTANG)

Terjatuh ke dalam ‘lubang’ ini amat memeritkan. Kajian menunjukkan, orang yang berhutang atau mempunyai masalah kewangan akan bertukar sikap dan tabiatnya. Boleh dikatakan mereka telah menjadi orang lain – kebanyakannya berubah negatif.
Ada pelbagai sebab dan cara orang jatuh berhutang. Ia bergantung kepada siapa anda dan apa yang anda buat.
Namun, tak mengapa. Saya akan berikan tip ringkas untuk membantu anda keluar dari ’lubang’ hutang anda itu.

Tip 1

Peribadi:-
1. Pertama sekali anda perlu sedar dan mengenalpasti hutang-hutang anda.
2. Anda mesti mengambil tanggungjawab – anda mesti mengaku pada diri anda yang anda sedang berhutang & pasti akan menyelesaikannya.
3. Jika anda menggunakan kad kredit, tolong batalkan semuanya. Faedah, caj dan penalti yang dikenakan boleh membuatkan anda jatuh lebih teruk.
4. Senaraikan semua hutang piutang anda mengikut susunan – hutang amaun kecil, hutang berkadar faedah tinggi, hutang amaun besar & hutang jangka panjang.
a. Bayar hutang amaun kecil & berfaedah tinggi segera
b. Buat penstrukturan semula bayaran hutang besar & jangka panjang dengan pihak berkenaan (bank, kooperasi dsb)
5. Bayar bil-bil utiliti dengan amaun minimum.
6. Beli hanya barang & benda yang anda perlukan sahaja.
7. Kurangkan bayaran gadai janji – rumah/kereta.
8. Cairkan aset-aset yang boleh cair – tukar ke dalam bentuk wang ringgit.
9. Ubahsuai gaya hidup kepada kos yang lebih rendah.
10. Hentikan semua pelaburan yang tidak menguntungkan & tiada jaminan sah.
11. Dapatkan pinjaman boleh ubah yang berkadar rendah.
12. Hadkan membeli belah kepada sekali sebulan.
13. Persoalkan semua bentuk perbelanjaan – Apa? Kenapa? Untuk apa? Dsb.
14. Utamakan barangan & makanan murah atau percuma.
15. Jangan lari daripada ahli keluarga & kawan-kawan – kongsi masalah dengan mereka.

Tip 2

Tulis Ingatan Masa Depan:-
1. Simpan/tabungkan 10% daripada pendapatan.
2. Wujudkan 5% simpanan/tabungan kecemasan.
3. Labur sebahagian wang anda ke dalam instrumen pelaburan yang sah, mudah cair & menguntungkan.
4. Kekalkan gaya hidup sederhana & berhati-hati.
5. Beli insuran/takaful hanya untuk perlindungan diri.
6. Jangan jamin apa-apa pinjaman kewangan.
7. Keluarkan zakat apabila cukup kiraan dan masa – jangan berdolak dalik.
8. Dermakan sedikit pendapatan secara berterusan.
9. Cari jalan ’buat duit’ lebih.
10. Jangan terlibat dengan urusan kewangan/perniagaan yang ’over’, cepat kaya, terlalu mengghairahkan & menjadikan anda sebagai ’pak turut’.

Tip 3

Kerjaya:-
1. Jika anda masih mempunyai kerja, teruskan menjadi pekerja yang lebih dedikasi. Namun, jika kerjaya itu sudah mencapai tahap melemahkan anda hingga boleh menjejaskan kewangan anda, berhenti dan segera cari pekerjaan lain.
2. Jika perniagaan anda masih menjana pendapatan cukup untuk anda selesaikan hutang-hutang anda dan mengekalkan gaya hidup sejak 1 tahun yang lepas, teruskan perniagaan itu & mula merancang perkembangannya selepas kedudukan kewangan anda agak stabil. Namun, jika sejak 1 tahun lepas pendapatan perniagaan anda tidak dapat membantu anda, fikirkan perniagaan lain untuk menggantikan perniagaan itu atau tidak salah untuk anda pergi bekerja pula.
3. Sama ada anda selesa atau tidak dengan kerjaya anda sekarang, tiada silap jika anda membina kerjaya kedua untuk mendapatkan sumber pendapatan kedua. Yang penting kerjaya utama anda tidak terabai dan masa kualiti anda masih ada.

Tip-tip ini saya kutip daripada pengalaman orang-orang yang saya temui serta pengalaman saya sendiri yang pernah jatuh ke dalam ’lubang’ akibat perniagaan yang lepas. Ia adalah sebahagian daripada usaha yang berbaloi di samping cara-cara lain yang juga berkesan.
Rata-rata mereka dan saya yang telah mengamalkan tip-tip di atas memperolehi ’penyembuhan’ yang bagus.


Selamat Mencuba.
Dedikasi khas untuk Bro. Mohd Amin Yahya.
Salam Aidul Fitri.

Ahad, 30 September 2007

Tip Kewangan 0709.2

TIP KEWANGAN 0709.2
Tahniah! Jika anda telah mula melakukan tip 0709.1 yang lepas.
Ada pelbagai pelaburan yang sah dan halal untuk mengembangkan simpanan anda berkali-kali ganda. Kali ini saya akan memberikan sedikit tip bagaimana melaburkan sebahagian daripada simpanan atau lebihan kewangan anda.
Terdapat pelbagai instrumen pelaburan di Malaysia. Antaranya ialah Simpanan Tetap, Perniagaan, Pelaburan Kooperasi, Pelaburan Hartanah, Saham/Unit Amanah, Tukaran Wang Asing, Pasaran Hadapan, Pasaran Saham, Pelaburan Pesisir, Penulisan Wasiat dan yang lain-lain. Instrumen-instrumen tersebut memberi peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan kewangan mereka mengikut kecenderungan, pengetahuan dan profil masing-masing.
Saya tidak akan menerangkan setiap satunya pada kali ini. Bagi anda, ingin saya nyatakan yang terpenting dalam pelaburan ialah adanya sifat ”compounding”. Compounding ialah konsep yang terpenting kerana ia adalah kunci kekayaan dan kebebasan kewangan.
Compounding ialah setiap ringgit yang anda laburkan akan menerima pulangan, ia akan berkembang dan menerima pulangan lagi pada tahun-tahun seterusnya selagi anda kekalkan pelaburan itu.
Kata lain, untung anda akan berganda-ganda menjadi untung baru setiap tahun. Jika anda laburkan RM1000 sahaja ke dalam dana yang memberikan pulangan purata 10% setahun, ia akan menjadi RM1100 tahun depan. Kemudian RM1210 tahun berikutnya, RM1330 tahun berikutnya lagi... dan begitulah seterusnya. Andainya anda membiarkan pelaburan RM1000 itu selama 10 tahun, ia akan menjadi RM2593.70. Cuba anda kira, jika anda melabur RM10,000 atau RM100,000. Ya, ia menjadi berganda kepada RM25,937 atau RM259,370.
Inilah cara “Duit Buat Duit”. Mereka yang sedia kaya menjadi lebih kaya, sebab mereka faham pentingnya melabur dalam instrument yang ada sifat “compounding”.
Bagaimana anda? Anda juga boleh! Sedikit-sedikit, jadi bukit. Mulakan dengan menyimpan dulu! Kemudian laburkan!
Apa instrumen terbaik?
Unit Trust atau Unit/Saham Amanah adalah alat dan ’kenderaan’ terbaik untuk melabur kerana ia mempunyai ciri compounding. Selain itu ianya mudah cair, kepelbagaian pelaburan, di urus oleh pakar dan profesional, mudah dan direka untuk setiap orang mampu melabur.
Bagaimana memilih syarikat pengurus dan dana unit trust yang terbaik?
Pilihlah yang terbaik dan No. 1 yang ada di Malaysia. Pastinya ia memberikan perkhidmatan pelaburan yang terbaik dan yang penting secara konsisten memberi pulangan tertinggi sambil memelihara modal pelaburan anda dengan selamat dan halal.
Dalam siri 0710.1 akan datang saya akan memberikan tip ’keluar dari lubang (hutang)’

Tip Kewangan 0709.1

TIP KEWANGAN 0709.1
Prinsip kewangan adalah universal.Setiap daripada kita inginkan kebebasan kewangan (bebas memiliki dan tiada hutang). Buku-buku kewangan menyuruh kita menyimpan 10% (1/10) daripada pendapatan kita. Buku klasik pertama yang mengutarakan saranan ini ialah ”The Richest Man in Babylon”.
Bagaimana melakukannya?
Dalam konsep penghargaan kewangan ia dipanggil sebagai“Pay Your Self First”.Sebaik sahaja anda mendapat sebarang pendapatan, hargailah diri anda lebih dahulu. Keluarkan 1/10 daripada pendapatan itu dan simpan dalam akaun berasingan.
Adakah anda telah melakukannya?
Tahniah! Bagi anda yang telah melakukannya. Anda pasti telah dan akan menikmati keselesaan kewangan seperti yang anda inginkan. Bagi anda yang belum melakukannya, lakukan sekarang! Mungkin anda berasa sukar.
Seringkali saya terdengar kata-kata seperti ini:-”Bukan saya tak mahu menyimpan, tapi tak cukup. Ada sahaja barang yang perlu dibeli dan ada sahaja benda yang perlu dibayar” atau “Nak simpan? Tak cukup lagi ada la” atau “Baru dapat gaji je, habis. Tak sempat nak simpan pun”. Oleh itu, macam mana hendak buat?
Senang...Tukar keutamaan anda daripada terus menjadi pembayar kepada pengumpul. Jika anda tidak mampu simpan 10% daripada pendapatan, mulakan dengan hanya 1%. Jika gaji anda RM2,000 sebulan, jadi simpanlah RM20. Begitu juga jika anda dapat pendapatan sampingan, misalnya untung jualan RM300, jadi simpanlah RM3 sahaja.Tak kan RM20 dan RM3 anda tak mampu? Anda boleh!
Jika anda dapat bonus, bagaimana? Namanya pun bonus, beri bonus kepada simpanan anda. Simpan lebih, mungkin 5% (Bonus sebaiknya anda simpan 33% atau 1/3). Sedikit masa lagi anda akan rasa selesa dan seronok menyimpan daripada membayar. Pada masa itu anda naikkanlah kadar simpanan kepada 2% (RM40). Kemudiannya tingkatkan kepada 5%, 7% dan 10%. Ia mungkin dilakukan dalam tempoh setahun.
Hargai penat lelah anda. Ingat! ”Pay Your Self First”.
InsyaAllah, dengan cara ini anda akan mencapai kebebasan kewangan di tahun-tahun yang mendatang.
Dalam siri 0709.2 nanti saya akan berikan tip bagaimana mengembangkan simpanan anda berkali-kali ganda melalui pelaburan.

Selasa, 25 September 2007

Pendapatan Kedua Anda (Multiple Source of Income)

Salam Sejahtera.

Pernahkah anda mendengar atau terbaca tentang konsep 'multiple source of income'?
Di negara-negara maju, kebanyakan rakyat mereka mempunyai sumber pendapatan kedua selain daripada kerjaya utama mereka.
Apa salahnya jika anda turut sama mempunyai sumber pendapatan kedua. Ia tidak semestinya lebih besar daripada pendapatan utama anda, tetapi yang penting ianya memenuhi objektif kehidupan anda.
Kami di Networth Consultants sememangnya mengamalkan konsep 'pendapatan kedua' tersebut dengan jitu sekali. Ia adalah sebahagian daripada prinsip 'multiple source of income' yang kami percayai.
Rata-rata para perunding Networth Consultants terdiri daripada mereka yang mempunyai kerjaya tetap. Ada di kalangan kami yang bekerja sebagai jurutera (awam, elektrikal, aero, mekanikal dsb), ustaz, banker, peguam, agen takaful/insuran, kontraktor, peramugara, guru, eksekutif korporat, juru gambar, perunding motivasi, pensyarah, pegawai tadbir, kerani, peniaga, pembantu peribadi, pelajar dan penternak.
Mengapa kami, menjadi perunding unit amanah pula? Ya, kerana kami percaya kepada pendapatan kedua. Kenapa tidak? Kami mahukan wang lebih seterusnya mencapai kebebasan kewangan seperti yang kami idamkan.
Memilih kerjaya kedua bukan mudah - kami juga maklum. Bagaimanapun jika anda mempunyai peluang untuk membina pendapatan kedua secara bebas dan mengikut jadual anda sendiri, bagaimana?
Menjadi Perunding Unit Amanah dengan syarikat pengurus dana No. 1 dan Terbaik Di Asia iaitu Public Mutual Berhad adalah sangat-sangat menyeronokkan. Ia bukan sekadar pendapatan kedua yang menarik tetapi sebuah kerja yang 'enjoy'.
Saya sendiri adalah bekas seorang pensyarah di sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Selain itu, juga turut mempunyai syarikat sendiri yang memberikan perkhidmatan perundingan latihan dan motivasi kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. Di samping itu saya juga pernah terlibat menjadi pengedar sebuah syarikat jualan langsung (MLM) antarabangsa selama 4 tahun. Saya telah menyertai Public Mutual sebagai perunding unit amanah kurang dari 2 tahun. Pun begitu, saya berani katakan, kerja sebagai perunding Public Mutual adalah 15 kali lebih mudah daripada ketiga-tiga kerja di atas.
Bagaimana pula dengan pendapatannya? Anda dan saya tentukan sendiri berapa anda mahu bayar kepada diri anda. Itu sahaja. Bagi saya, saya mahu menebus segala kesusahan dan kegagalan saya sebelum ini dan alhamdulillah saya telah membayar kepada diri saya pendapatan 5 kali ganda daripada apa yang pernah saya perolehi daripada kerja-kerja di atas buat setakat ini.
Saya mempunyai masa kerja saya sendiri dan sudah tentu saya mempunyai masa untuk peribadi, ibadah dan keluarga yang saya inginkan.
Jadi bagi anda yang inginkan sumber pendapatan kedua atau multiple source of income, saya dengan rendah dirinya menjemput anda menyertai kami sebagai Perunding Unit Amanah berlesen dengan Public Mutual Berhad.
Siapa yang kami cari?
Kami mencari anda yang:-
- Bermatlamatkan kebebasan kewangan
- Lapar dan dahagakan kejayaan
- Boleh diajar
- Setiakawan
- Amanah
- Tidak Takut Cabaran

Jika anda adalah orangnya... sila hubungi saya segera. Kita Lakarkan Hidup Kita Bersama-sama.

Jumaat, 22 Jun 2007

Strategi Mencapai Untung Tertinggi Dengan Unit Trust

Kali ini saya ingin berkongsi tentang strategi terbaik untuk memperolehi untung tertinggi daripada setiap pelaburan anda.

Seperti yang pernah saya sebutkan dalam blog yang lepas bahawa Saham Amanah (Unit Trust) adalah satu daripada instrumen pelaburan kewangan yang terbaik. Ia adalah 'kenderaan' kewangan yang penting bagi populasi masyarakat di negara-negara maju. Di Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat lebih daripada 45% rakyat mereka menabung dalam Saham Amanah dan bukan lagi dalam simpanan tetap atau instrumen simpanan lain yang memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman. Nilai aset bersih saham amanah di Amerika Syarikat setakat bulan April 2007 ialah sekitar USD9 trillion. Ciri 'compaunding' dalam saham amanah adalah antara sebab mengapa ia menjadi instrumen utama pelaburan kebanyakan pelabur bijak.

Untuk memudahkan anda semua, saya berikan strategi menguntungkan ini secara tips:

TIP 1: OBJEKTIF PELABURAN YANG JELAS
Sebelum anda melabur, pastikan anda mempunyai tujuan yang jelas mengapa anda melabur. Setiap pelaburan dalam setiap dana mesti mempunyai objektif yang jelas. Antara objektif utama mengapa ramai orang melabur dalam saham amanah ialah:-
i. Plan kewangan persaraan
ii. Mengumpul kekayaan (kebebasan kewangan)
iii. Plan pendidikan tinggi anak-anak
iv. Plan memiliki rumah & hartanah
v. Plan pengembangan carauman KWSP
dan pelbagai tujuan peribadi yang lain.
Bagi syarikat, kooperasi, pertubuhan dan sebagainya, mereka mempunyai agenda tersendiri yang lebih menumpu untuk membesarkan keuntungan atau dana mereka.
Apabila anda telah mempunyai objektif pelaburan yang jelas, maka anda dengan senang hati akan menerima apa sahaja bentuk dan tahap pulangan yang akan diterima. Anda tidak mudah panik atau terlalu teruja dengan pulangan yang diterima pada masa-masa yang anda tidak jangkakan.

TIP 2: MEMILIH DANA YANG SESUAI
Pemilihan dana yang sesuai dengan profil anda adalah penting. Jika anda seorang yang agresif, eloklah anda memilih dana-dana yang sama sifatnya. Begitu juga jika anda seorang yang moderate (sederhana) atau konsevertif, maka dana yang sesuai dengan anda ialah dana yang moderate dan konservertif. Syarikat-syarikat pengurus dana telah menyediakan barisan dana yang sesuai untuk semua profil pelabur. Pilihlah dana yang sesuai dengan profil anda.

TIP 3: MEMILIH PENGURUS DANA YANG BETUL
Di Malaysia terdapat kira-kira 35 syarikat pengurus dana saham amanah swasta. Masing-masing mereka mahu memeriahkan industri yang bernilai berbillion ringgit ini. Bagaimanapun bukan semua pengurus dana mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi untuk memberi pulangan yang tinggi, stabil, berterusan dan selamat. Oleh itu, untuk menjamin pelaburan anda memperolehi untung terbaik seperti yang anda harapkan, stabil, berterusan berprestasi dan selamat, pilihlah syarikat pengurus dana saham amanah yang ternama, menguruskan Nilai Aset Bersih yang banyak serta mendapat pengiktirafan antarabangsa yang banyak. Syarikat begini terbukti telah memberikan pulangan yang sangat menggembirakan pelabur. Untuk lebih mudah memilih syarikat pengurus dana yang terbaik, lihatlah 'ranking' yang dikeluarkan oleh FMUTM atau mana-mana badan pengiktirafan yang sah. Pengurus yang berkedudukan No.1 adalah yang sepatutnya anda pilih untuk menguruskan pelaburan anda.

TIP 4: 'SWITCHING'
Satu lagi tip yang berguna untuk memperolehi untung terbaik ialah dengan melakukan pindahan daripada dana semasa kepada dana yang lebih berprestasi. Ia terpulang kepada pengetahuan dan kemahiran anda. Atau, anda juga boleh berbincang dengan perunding saham amanah anda untuk melakukannya. Pada sesuatu ketika, pindahan dana menguntungkan anda.

TIP 5: 'DOLLAR COST AVERAGING'
Bagi anda yang mengetahui prinsip DCA ini, saya pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk melakukannya. DCA adalah suatu disiplin kewangan yang amat baik. Anda memperuntukkan sejumlah amaun tetap untuk dilaburkan ke dalam dana sedia ada secara konsisten. Misalnya RM500 setiap bulan atau boleh juga setiap minggu atau sela-sela waktu yang anda mampu. Pelaburan tetap ini akan memampukan anda mengatasi inflasi, mengawal turun naik pasaran serta merendahkan kos unit anda. Apabila ini berlaku, maka anda akan menikmati keuntuungan yang lebih baik pada bila-bila masa anda memerlukan wang atau mengikut objektif masa yang anda telah tetapkan.


Oleh itu, saya sarankan kepada anda segerakan usaha anda untuk menjamin masa depan anda lebih baik dengan kewangan yang lebih daripada mencukupi.

SELAMAT MELABUR - JUMPA LAGI.

RAZAK MUTUAL.

Isnin, 18 Jun 2007

Jemput Melabur Dengan Pengurus Dana Islam Terbaik

Salam untuk semua.

Jemput melabur dengan syarikat Pengurus Dana No. 1 di Malaysia.

Tentu persoalan pertamanya, mengapa perlu melabur dengan kami?

Wang adalah antara benda yang paling sensitif di dunia. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Apa lagi mengumpulkannya. Namun, pelbagai objektif kita adalah berkaitan dengan wang.
Oleh itu matlamat kewangan adalah penting dalam kehidupan ini.

Jadi, memilih dana & pengurus yang terbaik adalah paling penting untuk menjamin wang kita selamat, berkembang, sah & halal - selanjutnya mencapai objektif kewangan kita.

Disiplin & Peraturan amat penting dalam menguruskan kewangan - Jangan Main-Main!

Di sini, saya membentangkan kepada anda semua salah satu instrumen pelaburan yang setakat ini adalah Terbaik di Malaysia. Public Mutual adalah pengurus dana amanah yang TERBESAR, NO.1 & TERBAIK di Malaysia. Ia telah berkhidmat kepada para pelabur di Malaysia bermula sejak tahun 1975. Dari tahun 1999 hingga 2007, Public Mutual telah memenangi 105 anugerah antarabangsa dalam industri pelaburan amanah global - The Edge Lipper, Standard & Poors & Reader Digest. Yang terbaru, Public Mutual telah dianugerahkan sebagai PENGURUS DANA ISLAM PALING TERKEMUKA DI MALAYSIA 2007, yang telah disampaikan oleh YB Menteri Kewangan Kedua Malaysia di KL Islamic Finance Forum (KLIFF). Sebelum itu, Public Mutual telah dianugerahkan sebagai PENGURUS DANA ISLAM TERABIK DI ASIA 2006 oleh Failaka, sebuah badan antarabangsa yang berpengkalan di Dubai.

Apa makna semua anugerah ini? Syarikat yang memenangi anugerah berbeza dengan yang lain. 'AWARDED COMPANY' berstatus lebih tinggi, lebih berpengaruh & lebih dipercayai oleh pelanggan. Perkhidmatan & pengurusannya adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik dalam industri. Inilah pengurus dana yang dicari oleh ramai pelabur. Makna lainnya ialah setiap pengiktirafan membawa nilai besar - pelabur & profesional amat berpuas hati. The Edge Lipper dan Standard & Poors mengiktiraf pengurus-pengurus dana yang:- 1. Memberikan Pulangan Tertinggi 2. Memelihara Modal Pelaburan dan 3. Berterusan / Konsisten Memberikan Pulangan Yang Tinggi.

Secara puratanya, Public Mutual memberikan purata pulangan 15% ke atas setahun untuk setiap pelaburan anda. Sebenarnya, itu adalah kadar pulangan yang terbaik di pasaran pelaburan. Bagaimanapun berdasarkan pasaran & rekod sejak 10 tahun lalu, Public Mutual telah berjaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada itu kepada para pelaburnya.

Apa yang pasti, sejak sekian lama kepecayaan para pelabur kepada Public Mutual adalah jitu. Pun begitu, mungkin bagi 'pemain baru' mereka kurang tahu.

Satu perkara penting yang anda kena tahu ialah, pada tahun 1998 waktu ekonomi merudum, kebanyakan pengurus dana tidak membayar dividen kepada pelabur. Malah ada antaranya sehingga hari ini masih belum mampu membayar pulangan pelaburan yang baik. Namun, Public Mutual telah membayar 8% setahun pada tahun 1998. Inilah yang kita mahu. Waktu pasaran teruk pun kita masih untung.

Jadi, apakah objektif kewangan anda?

1. Pendapatan Persaraan - Anda telah ada jaminan pendapatan bulanan selepas anda bersara nanti? Bolehkah anda bersara? Atau perlu berkerja lagi untuk menampung keperluan bulanan kerana inflasi / kenaikan harga tetap akan berlaku?

2. Wang Persediaan Pendidikan Anak-anak - Biasiswa bukan amalan Malaysia lagi. Pendidikan adalah sebuah industri, ia perlukan bayaran yang tinggi.

3. Membeli Rumah, Hartanah @ Mendapatkan Semula Bayaran Rumah / Hartanah - Anda mahu duit bayaran ansuran rumah anda semula?

4. Mengumpul Kekayaan & Melindunginya - Mengembangkan kewangan anda serta memeliharanya daripada tersalah guna atau diselewengkan.

5. Melawan Inflasi - Anda telah bersedia melawan kenaikan harga barang, rumah, kos hidup 3, 5, 7, 10, 15 & 20 tahun akan datang? Adakah kewangan anda sekarang telah sedia dinaik nilaikan? atau Anda sudi wang anda dijatuh nilaikan hingga anda tidak mampu membeli dengan selesa lagi di masa depan?

6. Tujuan Peribadi - Anda sama seperti saya dan orang lain, mempunyai tujuan2 yang berbeza, bagaimana dengan kosnya?

Apa sahaja objektif kewangan anda, saya jemput anda mula melabur dalam mana-mana dana yang sesuai dengan profil anda di Public Mutual Berhad. Kami ada 40 jenis dana yang sesuai dengan semua matlamat kewangan setiap daripada anada. Anda akan gembira.

Buat masa ini, saya kira cukup dahulu.

Berminatkah anda kepada pelaburan yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), diselenggarakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan memenuhi kehendak syariah (Syariah Advisory Board) yang memberikan purata pulangan 12% - 15% setahun?
YA________ TIDAK__________

Jika YA, saya akan bantu tunjukkan bagaimana anda boleh menikmati keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan dan simpanan lain.

Bagi anda yang sudi dan berminat dengan jemputan saya, jangan lupa & segan untuk menghubungi saya. razakbiz@gmail.com

SELAMAT MELABUR!

Untuk mendapat maklumat asas lawati http://www.publicmutual.com.my/

Jumpa Lagi.

RAZAK MUTUAL