KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

KEMBANGKAN WANG ANDA SECARA ISLAM dan PROFESIONAL

Jumaat, 30 April 2010

UNIT AMANAH - PELBAGAI IMPIAN, 1 PELABURAN

Pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk mengatasi hampir semua cabaran dalam ekonomi dan kewangan.
Antara cabaran yang mampu diatasi dengan pelaburan unit amanah ialah:
1. Inflasi/kenaikan harga atau penyusutan nilai wang;
2. Pulangan daripada simpanan/deposit yang rendah;
3. Wang untuk kehidupan selepas bersara yang tidak mencukupi;
4. Wang untuk pengajian tinggi anak-anak yang tidak mencukupi; dan
5. Kekurangan wang untuk memulakan pemilikan harta tanah.

Untuk itu, unit amanah dapat membantu kita melaburkan sebahagian daripada wang/modal secara lebih profesional dan agresif untuk memenuhi hampir semua impian masa depan kita.
Antara impian/tujuan kewangan masa depan yang boleh dicapai menerusi pelaburan unit amanah ialah:
1. Mengatasi inflasi di masa depan - kemampuan/kuasa membeli kita lebih tinggi berbanding kenaikan harga barang setiap tahun;
2. Menikmati pulangan yang lebih tinggi 2 hingga 5 kali ganda berbanding simpanan biasa;
3. Menyediakan wang sara hidup yang mencukupi untuk tempoh lebih 30 tahun selepas bersara tanpa perlu merendahkan/mengurangkan gaya hidup/biaya bulanan;
4. Mengumpul kekayaan lebih pantas;
5. Menyediakan wang biaya hidup dan yuran pendidikan tinggi yang mencukupi untuk sepanjang tempoh pengajian anak-anak;
6. Menyediakan modal pemilikan rumah dan harta tanah;
7. Menyediakan modal asas atau pengembangan perniagaan;
8. Memperolehi semula wang bayaran pinjaman perumahan;
9. Menyediakan wang menunaikan umrah/haji 2 kali lebih banyak;
10. Menyediakan wang pelancongan/ziarah yang selesa;
11. dan pelabagai tujuan kewangan masa depan.

Unit amanah menyediakan semua kategori pelaburan yang sesuai untuk semua jenis profil pelabur seperti berikut:
1. Dana KONSERVATIF (purata pulangan setahun 2% - 4%)
2. Dana SEDERHANA (purata pulangan setahun 4% - 8%)
3. Dana AGRESIF (purata pulangan setahun 8% - 12%)

Jika anda berminat untuk mengatasi semua cabaran ekonomi, menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik serta mencapai segala impian kewangan masa depan anda, sila hubungi perunding-perunding kami. Perundingan dan nasihat adalah percuma. Kami akan membantu anda merancang dan memulakan pelaburan secara tepat untuk mencapai impian jangka sederhana dan jangka panjang (8 tahun ke atas) anda.


Perunding-perunding kami yang boleh dihubungi:
Wilayah Utara:

Penang - Emi (012-283 1596), Khairul (019-210 2345), Faezah (019-480 0463), Jannah (014-520 0951), Rosmawati (012-469 4876), Azhar (019-467 7070).
Kedah/Perlis - Hasrul (019-265 6734), Khairul (019-210 2345).
Perak - Razak (019-571 0054), Azimi (019-561 4219), Us. Juhaida (016-740 4871), C. Azman (012-540 8588), Ust. Rosli (011-1502 2478), C. Roslan (019-570 5371), Intan (012-400 0358), Izuddin (010-812 1636), Mad @ Maddi (019-345 2482), Padli (017-202 7070), C. Rahimi (012-562 3348), Umi (019-577 2124), Azman (011-2653 6009). 
Wilayah Tengah: 
KL/Selangor/N. Sembilan - Sarizal (017-696 7803), Razak (019-571 0054), Izuddin (010-812 1636), Jamal Nasir (011-1857 7489), Nora (012-226 7163), Mad @ Maddi (019-345 2482).
Wilayah Selatan:

Melaka/Johor - Mahathir (019-7889086), Mad @ Maddi (019-345 2482),
Wilayah Pantai Timur:

Pahang/Terengganu/Kelantan - Siti Zubaidah (019-985 9427), Azizah (013-881 8074), Baizora (017-957 9115)
Wilayah Borneo:

Sabah/Sarawak - Hasrul (019-265 6734), Azlina (016-6564482), Siti Zainab (019-5750644).

[Nama & Nombor Telefon dikemaskini pada 18.02.2017]





Ahad, 7 Mac 2010

Pasaran Naik Dari 801 Mata Ke 1300 Mata

Setelah turun selama 10 bulan pada tahun 2008 (Jan - Okt 2008), pasaran saham (Bursa Malaysia - FBM KLCI) yang menjadi petunjuk kepada prestasi ekonomi dan pelaburan di Malaysia telah naik kepada 1300 mata pada bulan Feb 2010.
Inilah kelaziman sejak 150 tahun yang lalu. Ekonomi ada turun dan naiknya. Kedua-dua keadaan itu ada peluang dan hikmah yang tersendiri untuk memberi manfaat kepada kita.
Prestasi pulangan dana-dana amanah dalam kategori agresif untuk tempoh satu tahun (Jan 2009 - Jan 2010) ialah antara 30 peratus hingga 60 peratus. Bagi dana-dana kategori sederhana pula pulangannya ialah antara 20 hingga 40 peratus.
Industri unit amanah sememangnya sesuai untuk setiap keadaan. Ianya boleh disuaipadankan dengan apa sahaja tujuan kewangan seseorang.
Bak kata slogan promosi Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) yang banyak terpampang di seluruh negara kini PELBAGAI TUJUAN, SATU PELABURAN!

SELAMAT MELABUR!

Isnin, 9 Mac 2009

TUNGGU! PASARAN AKAN TURUN KE PARAS TERENDAH. BETULKAH?


Segelitir orang mempunyai pandangan yang kreatif. Itu tidak salah. Bagaimanapun, terdapat pandangan yang berbentuk sentimen. Ia diutarakan tanpa asas (data dan analisis) yang tepat.

Kita menerima hakikat bahawa sekarang adalah musim ekonomi dunia menurun. Ia adalah wajar selepas pasaran saham dan ekonomi meningkat tinggi pada awal tahun lepas. Turun dan naik pasaran saham dan ekonomi suatu yang biasa (telah saya jelaskan dalam artikel yang lepas). Kedua-duanya adalah peluang yang baik.

Apa yang ingin saya utarakan kali ini ialah terdapatnya orang yang berani meramal bahawa pada sekian-sekian bulan pasaran saham akan menurun ke tahap terendah. Apabila ditanyakan apakah pentingnya keadaan itu? Kata mereka itulah saat yang mereka anggap terbaik untuk mula melabur dan menabung.

Kisah seorang bakal pelabur saya, apabila saya pelawa supaya mulakan pelaburan pada bulan September 2008 yang lepas, beliau menolak. Alasan beliau waktu itu tidak sesuai, beliau ingin menangguhkannya kerana katanya bulan Mac 2009 pasaran saham akan menurun ke tahap terendah di mana KLCI akan berada pada 600 - 700 mata. Melabur pada masa itu paling murah dan membolehkan beliau mengaut untung tertinggi apabila KLCI meningkat kepada 1000 mata dalam 2 tahun. Dia amat yakin sekali dengan ramalannya. Apapun saya tidak pasti, data apa dan dari mana yang digunakannya untuk membuat unjuran begitu.

Baru-baru ini saya mendengar pula ramalan baru iaitu pasaran saham akan menurun ke tahap terendah pada bulan Jun 2009. Kemudian saya dengar pula ada di kalangan pelabur saya bertanya sama ada betul pasaran akan turun lagi pada bulan Julai 2009. Saya juga menerima satu ramalan lain daripada seorang bakal pelabur saya yang pasaran saham akan menurun ke tahap paling rendah pada bulan Oktober 2009 dan mula menaik pada bulan November 2009.

Semenjak saya mencaburkan diri dalam industri ini, banyak juga saya belajar dan mengikut ceramah serta analisis daripada pihak-pihak yang pakar dalam bidang saham dan ekonomi, namun belum pernah sekalipun saya mendengar seorang pakar berani meramalkan pasaran saham akan naik ke paras tertinggi atau turun ke tahap terendah pada bulan-bulan berkenaan.

Saya juga mengikuti nasihat dan petua daripada pelabur terhebat dan manusia terkaya di dunia, Warren Buffet, namun tidak pernah beliau berkata para pelabur perlu meramal masa untuk memulakan pelaburan. Meramal dan menangguhkan pelaburan juga bukanlah strategi yang pernah disarankan oleh Warren Buffet.

Nasihat saya, tidak usahlah kita menjadi ahli ramal atau ahli nujum untuk membina kewangan. Tiada siapa boleh meramal apa yang akan berlaku esok. Seorang pekerja yang telah bekerja dengan majikan selama 40 tahun pun tidak mampu meramal apa yang akan terjadi kepada syarikat dan majikanya esok atau bulan depan.

Sebagai pelabur atau orang yang ingin mengumpul kekayaan melalui pelaburan, kembali kepada strategi paling ampuh iaitu LEBIH AWAL MELABUR + LEBIH KERAP MELABUR + LEBIH BANYAK MELABUR + LEBIH LAMA MELABUR = LEBIH UNTUNG.

Isnin, 2 Februari 2009

HARGA UNIT SAHAM TELAH DISKAUN 40%

Salam para pelabur amanah saham yang budiman.

Dua soalan mudah ingin saya tanyakan kepada anda.
Pertama:
Jika harga barangan atau perkhidmatan sudah turun atau diskaun lebih 40% adalah ianya baik untuk dibeli?
Saya pasti pengguna biasa seperti anda berkata, "ya, bagus tu, elok kita beli".

Soalan kedua:
Jika kita adalah peniaga, adakah diskaun 40% itu wajar diberikan kepada pelanggan?
Yang ini juga saya pasti anda akan berkata "ya".

Itulah yang sudah berlaku kepada pasaran saham kita di Malaysia ini. Petunjuk bursa kita KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 43% pada 3 bulan yang lepas. Itu adalah paras terendah yang dicatatkan sejak pasaran kita menurun mulai bulan Januari 2008.
Untuk pengetahuan anda, penurunan pasaran saham Malaysia yang terendah ialah pada tahun 1973 iaitu sebanyak 45%. Manakala purata masa pasaran kita berada di bawah atau lebih dikenali dengan istilah 'bear market' ialah selama 10 bulan.

Sektor ekonomi juga sudah menunjukkan kesan-kesan akibat daripada penurunan pasaran saham itu.

Jadi, kesimpulannya ialah pasaran sudah memberi diskaun yang sepatutnya kepada harga-harga unit saham. Ia perlu naik semula. Isyarat-isyarat yang pasaran sedang menaik juga sudah menjelma.

Saranan saya, bagi anda yang ingin melabur, teruskan melabur sekarang.
InsyaAllah dalam tempoh 3 tahun akan datang anda boleh menuai hasil yang lumayan.

Selamat Melabur.

RZK

Isnin, 1 Disember 2008

BERLUMBA-LUMBALAH MELABUR SEMASA ORANG RAMAI TAKUT!

Itulah nasihat keramat manusia terkaya di dunia Warren Buffet.
Buffet adalah orang kaya dari hasil pelaburan. Beliau mula melabur sejak usia 11 tahun. Hari ini beliau adalah orang paling kaya di dunia, jauh meninggalkan Bill Gates yang pernah menjadi manusia terkaya dunia selama 13 tahun.
Saya tiada pilihan lain selain daripada menyarankan anda turut sama mengikut nasihat Buffet. Ingat dan laksanakan nasihat beliau itu SEKARANG!
"Tamak (perbanyakkan) melabur di waktu orang lain takut untuk melakukannya kerana merasa pasaran akan terus jatuh dan duit modal akan hilang"
Dan nasihat Buffet seterusnya,
"Berhati-hati dan takutlah bila orang lain sedang tamak melabur kerana merasakan pasaran sedang tinggi dan duit modal akan bertambah"
Situasi pasaran merendah jarang-jarang berlaku. Jadi ambil peluang untuk melabur lebih banyak dan berdisiplin mulai sekarang.
Nasihat saya, jadi tahun 2009 sebagai Tahun Menabung/Melabur. Labur setiap bulan di sepanjang tahun 2009.
Anda pasti akan menikmati pulangan yang lebih baik di masa depan. Lihatlah akaun dana pelaburan anda 5 tahun akan datang - satu pergandaan modal yang hebat!

RZK

Khamis, 16 Oktober 2008

APA YANG MENYEKAT ANDA? KENAPA ANDA TIDAK KAYA?

Salam para pelabur.

Pernahkah anda tertanyakan soalan di atas pada diri sendiri atau pada seseorang?

Ramai orang berasa mereka tidak kaya kerana mereka tidak mendapat banyak wang. Mereka sering berkata "kalau saya ada wang lebih nanti bolehlah saya menyimpan dan melabur."

Kebanyakannya orang akan bertelagah sesama sendiri tentang sebab-sebab yang hampir sama mengapa mereka tidak kaya. Teori mereka sebenarnya adalah hampir sama, tiada banyak beza kecuali mereka bertelagah dengan orang kaya. Teorinya pasti jauh berbeza.

Untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah berbanding, mengetahui bagaimana hendak buat duit. Kaya sebenarnya adalah cara bagaimana anda mengendalikan wang setiap hari.

Mungkin ada lebih daripada 10 alasan mengapa anda tidak kaya. Ia termasuklah takut apa yang dikatakan oleh jiran, tabiat yang buruk, tidak tahan sabar dan menunggu lama, tidak ada matlamat kewangan, tidak buat persediaan, cuba cepat kaya, biarkan orang lain uruskan tunai, melabur di tempat yang magik dan anda tidak faham, takut tentang kewangan dan mengabaikan perancangan kewangan.

Bagaimanapun di sini ada 10 alasan yang lebih wajar kenapa anda tidak kaya:-
1. Anda Pentingkan Jenis Kereta Anda
2. Anda Perasan Anda Layak
3. Anda Kurang Menyelerakkan Risiko & Pelaburan
4. Anda Lambat dan Bertangguh
5. Anda Tidak Buat Apa Yang Anda Suka
6. Anda Tidak Suka Belajar
7. Anda Beli Barang Tetapi Tidak Digunkan
8. Anda Tidak Faham Nilai
9. Rumah Anda Terlalu Besar
10. Anda Gagal Mengambil Kesempatan dan Peluang

Untuk mendapatkan huraian mengenai alasan-alasan kenapa anda tidak kaya di atas sila emailkan permintaan anda kepada saya. Ianya khas untuk anda.

Selamat Berbahagia

RZK

Ahad, 31 Ogos 2008

MERDEKA! MARHABAN YA RAMADAN!

Salam para pelabur yang budiman.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Dalam tempoh seminggu ini, situasi negara kita bercampur baul emosinya. Saya melihat ia suatu yang positif kepada kehidupan kita rakyat Malaysia. Pada dua minggu lepas kita melihat kejatuhan yang dramatik kepada indek Bursa Malaysia kita kepada tahap terendah dalam tempoh trend menurun ini. Ada juga beberapa orang pelabur dan bakal pelabur yang bertanya saya tentang keadaan itu. Ada juga beberapa orang yang saya lihat terburu-buru menjual saham mereka tanpa mendapatkan konsultasi daripada saya atau perunding-perunding mereka.
Selepas sahaja pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan, kita telah mula menyaksikan kenaikan semula pasaran saham Malaysia. Walaupun tidak begitu tinggi kerana ramai yang masih menunggu pembentangan belanjawan pada 29 Ogos 2008. Sebaik sahaja pembentangan berlangsung, indeks Bursa Malaysia (KLCI) meningkat lagi sebanyak 30 mata.
Jadi inilah kehidupan. Tahniah kepada para pelabur yang telah melabur dan menambah pelaburan mereka pada ketika Bursa Malaysia menurun tempoh hari. Anda sememangnya bijak kerana membeli dan mengumpul unit saham pada harganya rendah.
Pada 30 Ogos 2008, hampir seluruh media cetak (akhbar) menyiarkan laporan dan analisis khas tentang belanjawan negara. Begitu juga tentang industri Unit Amanah kita ini.
Tahniah kepada semua pelabur kerana anda telah bersama-sama menjadikan Unit Amanah sebagai penyumbang terbesar iaitu lebih 70% kepada industri pengurusan pelaburan di Malaysia. Malah anda juga telah meletakkan Malaysia sebagai negara TERBESAR di rantau Asia Tenggara dalam industri Unit Amanah ini. Syabas!
Hari ini hari MERDEKA bagi negara kita Malaysia. Bagi saya MERDEKA ialah mengembalikan kekayaan, kajayaan dan kegemilangan bangsa Melayu dan negara Malaysia seperti sebelum kita dijajah. Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu adalah wilayah 'EMAS' yang digelar 'Kepulauan Rempah' oleh bangsa barat dan timur sejak awal sebulum tamadun masihi. Rempah dinilai lebih besar dan tinggi berbanding emas oleh mereka. Bangsa kita pada masa itu adalah bangsa yang kaya, berjaya dan gemilang. Oleh itu, marilah kita cuba berusaha untuk menjadi kaya, berjaya dan bahagia.
Esok kita akan memulakan ibadah khusus berpuasa. Saya ucapkan tahniah kepada sahabat2 yang berpuasa sambil berumrah di Mekah. Pahala berpuasa dan apa sahaja perbuatan di sana akan digandakan oleh Allah 10,000 dan 100,000 kali. Mari kita mengumpul kekayaan untuk kita pula berpuasa dan beribadah di sana pada tahun-tahun mendatang.
Kita yang berpuasa di Malaysia, ambillah kesempatan untuk melakukan apa sahaja perbuatan baik kerana semuanya akan digandakan pahala oleh Allah juga. Jadilakan bulan Ramadan sebagai 30 hari untuk kita berkursus menjadi manusia yang lebih hebat, kaya, berjaya dan mati nanti sebagai ahli syurga.

MERDERKA! MARHABAN YA RAMADAN!

RZK.

Isnin, 4 Ogos 2008

PUSINGAN EKONOMI: PELUANG MELABUR SEKARANG!

Saya begitu seronok dan teruja apabila ramai di kalangan rakyat Malaysia yang merasa bertuah akan nikmat pasaran saham sekarang. Telah banyak diperkatakan oleh cerdik pandai ekonomi dan pelaburan bahawa TIADA TANGAN AJAIB yang melemahkan ekonomi negara kita. Dalam akhbar-akhbar utama pada minggu lepas CEO Bursa Malaysia, Dato' Yusli Mohamed Yusoff telahpun mengeluarkan kenyataan yang tepat bahawa asas ekonomi kita adalah kukuh dan pasaran kini berada pada pusingan yang betul.
Bagaimanapun ada juga segelintir daripada rakyat kita yang 'terlebih pandai' dengan pelbagai andaian dan spekulasi. Dengan menggunakan hanya satu atau dua faktor 'daif' mereka sudahpun membuat kesimpulan yang ekonomi dan pasaran pelaburan Malaysia 'begitu dan begini'.
Akhirnya, ramailah rakyat Malaysia mengeluarkan teori "Sekarang Adalah Masa Yang Tidak Sesuai Untuk Melabur/Menabung dan Sekarang Adalah Masa Untuk Menjual/Mengeluarkan Duit Pelaburan, Jika Terus Melabur Kita Akan Rugi Besar". Inilah teori 'BELAKANG JAMBAN' kata seorang pelabur senior dengan emosi. Mereka tidak pernah membaca apa yang diperkatakan oleh Warren Buffet, pelabur terkaya di dunia dan manusia kedua terkaya di dunia.
Seperti kata CEO Bursa Malaysia dan ramai cerdik pandai ekonomi dan pelaburan, ini adalah peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam dana-dana ekuti besar. Bukan mudah untuk membeli unit saham syarikat besar yang mahal semasa pasaran naik, jadi apabila harga unit saham mereka murah, BELILAH!
MELABURLAH SEKARANG! Harga unit saham amanah murah, hanya terpulang kepada sifat peribadi anda. Jika anda seorang yang agresif, laburlah dalam dana yang agresif. Jika anda seorang yang sederhana, maka laburlah dalam dana yang bersifat sederhana risiko dan pulangannya.
Pilihan cukup banyak, LABURLAH SEKARANG!

Sabtu, 12 Julai 2008

PELABURAN & MASA: APA YANG ANDA PERLU TAHU KINI ?


Para pelabur yang budiman,

Tahniah dan terima kasih di atas sokongan anda kepada Public Mutual Berhad dan para perunding Networth Consultants.

A.
Sebagai ingatan, objektif atau tujuan pelaburan Unit Amanah ialah seperti berikut:-

  1. Pelaburan jangka sederhana dan panjang;
  2. Menyediakan kewangan selepas pencen yang selesa;
  3. Menyediakan wang pendapatan bulanan untuk masa depan;
  4. Menyediakan tabung pendidikan tinggi untuk anak/cucu/peribadi;
  5. Menyediakan pendahuluan pembinaan/pembelian rumah idaman;
  6. Mendapatkan semula jumlah pembayaran pinjaman rumah;
  7. Menyelamatkan modal dan keuntungan yang ada sekarang;
  8. Menstrukturkan semula potfolio kewangan;
  9. Mengumpul kekayaan; dan
  10. Pelbagai tujuan peribadi yang bersifat masa depan.

Oleh itu para pelabur sentiasa dicadangkan agar melabur dan terus melabur mengikut tujuan yang dirancang untuk tempoh 3 tahun dan ke atas.

B. Turun Naik Pasaran dan Ekonomi Malaysia

Rajah di atas adalah sejarah (1990 hingga 2007) kepada penunjuk pasaran Malaysia. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia pasaran ekonomi sentiasa naik. Setiap kenaikan pasti ada penurunan, begitu juga setiap penurunan pasti ada kenaikan. Semua ini berlaku kerana setiap manusia perlukan 'survival' untuk terus hidup dan mempunyai sifat semulajadi untuk membaiki kehidupan. Pada tahun 2008 pasaran kembali menurun - harga unit saham amanah anda lebih murah. Inilah hakikat pasaran ekonomi, tiada siapa boleh mengelak dan tiada siapa yang dapat meramal keadaan akan datang. Apa yang terbaik ialah kita merancang dan menggunakan strategi pelaburan yang profesional. Jangan sekali-kali menggunakan strategi ’emosi’ dan ’peribadi’ yang pada amnya logik.

Bagi anda yang telah melabur dengan Public Mutual Berhad, anda bertuah kerana telah memilih pengurus pelaburan unit amanah yang terbesar dan No. 1 di Malaysia. Malah pengurus dana Islam terbaik di Asia. Serahkan pengurusan dana anda kepada mereka yang pakar ini. Pengurus dana Public Mutual adalah profesional, pakar, ternama, bijak dan berkelayakan untuk memastikan pulangan yang terbaik dan berterusan kepada anda para pelabur.

Di pihak anda dan saya sebagai pelabur dan perunding, kita hanya perlu terus mengamalkan sikap dan strategi pelaburan yang betul.

C. Kedudukan Pelaburan Baru

Bagi anda yang baru melabur dalam unit amanah iaitu kurang dari 3 tahun, kedudukan dan pulangan pelaburan anda sekarang tidaklah begitu baik. Kebanyakan anda yang melabur kurang dari 1 tahun, pulangan anda sekarang masih negatif. Dengan kata lain, jika anda menjual (mengeluarkan) unit-unit saham anda sekarang, anda rugi. Kerugian kerana pasaran seluruh dunia berada pada pusingan menurun dan anda belum lagi menerima agihan (dividen) yang boleh membantu anda mengurangkan kos pelaburan serta menambah bilangan unit.

Bagaimanapun bagi anda yang telah melabur 2 tahun, syukur pulangan pelaburan anda adalah baik. Berdasarkan kiraan bertarikh 10 Julai 2008, jika anda melabur dalam dana-dana agresif seperti PIEF, pulangannya tidak kurang daripada 25%. Bagi yang melabur dalam dana-dana sederhana seperti PITTIKAL dan PIDF, pulangannya lebih 22%. Dan bagi anda yang melabur dalam dana seimbang seperti PIBF, pulangan anda tidak kurang daripada 15%. Tahniah.

Bagi anda yang telah membuat pelaburan berterusan seperti melakukan pelaburan tambahan bulanan dan pelaburan tambahan berkala (terutama pada waktu pasaran menurun), anda telah menikmati pulangan yang lebih baik daripada yang di atas. Tahniah.

D. Kedudukan Bursa Malaysia

Mungkin anda tidak tahu sebelum ini, bahawa kedudukan Bursa Malaysia kita adalah antara yang terkuat dan dinamik di dunia (lihat www.bursamalaysia.com). Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang melabur pula dalam unit amanah, anda tidak perlu bimbang tentang bursa dan pasaran saham kita. Kita perlu bersabar dan JANGAN BUAT SPEKULASI (andaian-andaian tidak berasas). Spekulasi akan menyebabkan keadaan lebih buruk. Ia berlaku kepada harga minyak. Antara sebab utama kenaikan harga minyak yang mendadak ialah kerana spekulasi.

Asas ekonomi Malaysia adalah kukuh. Syukur kita masih mempunyai pegangan asas ekonomi yang kuat. Perancangan ekonomi, pelaksanaan projek dan pembangunan negara masih menjadi asas yang menstabilkan ekonomi untuk jangka panjang.

Nilai RINGGIT juga tidak tergugat.

E. Strategi Untuk Anda

Untuk anda, kita mempunyai strategi yang terbaik untuk memastikan pulangan daripada pelaburan kita berbaloi di masa depan.

  1. Serahkan urusan pelaburan dana anda sepenuhnya kepada pakar-pakar Pengurus Dana di Public Mutual Berhad;
  2. Lakukan penambahan pelaburan pada waktu pasaran menurun seperti sekarang (jika anda mempunyai wang lebih atau kepada yang sudah berdisiplin melabur, teruskan melabur dengan jumlah yang lebih besar);
  3. Teruskan melabur secara bulanan dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang Direct Debit Investment (DDI)/Standing Instuction (SI) – iaitu arahan potongan tetap sejumlah amaun wang dari akaun simpanan bank anda ke akaun pelaburan Public Mutual anda. Atau Teruskan melabur tiap bulan mengikut kemampuan secara manual;
  4. Jika anda tidak berkesempatan (tiada wang lebih), JANGAN jual (keluarkan) unit pelaburan anda itu kecuali ia telah lebih 3 tahun dan memberikan pulangan yang anda mahukan. Dengan kata lain, JANGAN USIK & JANGAN BIMBANG, biarkan ia berkembang dengan penambahan daripada agihan (dividen) yang akan anda perolehi setiap tahun.
  5. Alihkan (swicth) dana anda daripada dana agresif ke dana konservatif pada waktu yang anda rasakan tepat. Dapatkan perundingan dahulu sebelum anda membuat keputusan.

Saya cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan profesional kepada anda untuk sama-sama menyokong dan berkembang. Pelaburan anda sentiasa saya pantau melalui sistem yang telah dibekalkan. Sebarang masalah dan kemusykilan, sila hubungi saya segera. InsyaAllah saya akan memberikan perundingan dan nasihat yang terbaik untuk kewangan masa depan anda.

RZK. 019 – 571 0054 Email: razakbiz@gmail.com

Rabu, 2 Julai 2008

"INFLASI KITA 7%, DUIT KITA MAKIN KURANG"


Anda peka dengan perkembangan ekonomi semasa? Tahniah! Kenapa tidak? Kajian ekonomi, sosial dan psikologi sejak lama dulu menunjukkan 90% masalah yang menghantui manusia seluruh dunia ialah KEWANGAN. Keluhan yang paling banyak dan paling kuat dilontarkan oleh manusia ialah ”tak de duit”, ”duit dah habis”, ”tak cukup duit”. Dalam hidup anda, pernahkah anda hitung berapa kalikah anda mengeluh tentang duit? Ramai juga orang yang tidak mahu percaya atau sengaja tidak mahu percaya bahawa mereka mengeluh tentang duit hampir setiap hari. Dalam masa terdekat ini keluhan itu semakin deras disuarakan, malah orang-orang yang sebelum ini tidak begitu mengeluh juga sudah mengeluh sama.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengunjurkan inflasi kita di Malaysia pada bulan Julai mungkin meningkat 7%. Rata-rata pelbagai pihak berwajib dengan ekonomi Malaysia menjangkakan inflasi kita pada tahun ini adalah antara 4.2 – 7%. Jika ia berada pada 5% itu adalah tidak mustahil.

Pada tahun 2007, Malaysia berada pada tempat ke 64 di dunia dari segi kenaikan harga kerana inflasi kita pada 3.8%. Kita berada kedudukan lebih baik berbanding Thailand yang kadar inflasinya 5.1%. Namun kita jauh terkebelakang berbanding Singpura (2%) dan Jepun (1%).

Itulah kisah benar mengenai kenaikan harga barang di negara kita. Baharu sahaja bulan lepas saya menulis tentang Minyak Naik, Tarif Elektrik Naik dan Beras Naik. Kini jangkaan saya semakin menjadi iaitu anak-anak saya sudah minta ditambahkan belanja sekolah mereka kepada RM1.50 kerana harga makanan di kantin sudah naik (sila baca artikel berkenaan untuk lebih memahami).

Seraya dengan kenaikan kadar inflasi itu, keluhan tentang kurangnya duit semakin kuat dan banyak. Terutama di kalangan pekerja atau pemakan gaji. Kadar kenaikan gaji tidak dapat menyaingi kadar kenaikan harga. Angka sahaja yang bertambah besar tetapi nilai semakin kecil. Bahana juga kepada mereka yang menerima kenaikan gaji dan tunggakan yang diberikan kerajaan pada akhir tahun lepas apabila duit itu digunakan untuk membeli kereta baru yang lebih mahal.

Pelbagai natijah boleh kita ambil daripada kisah benar ini. Apa yang teramat penting ingin saya cadangkan di sini ialah mulalah melabur. Susun semula kewangan anda. Buat perancangan kewangan. Minta perundingan daripada orang yang bertauliah dan berlesen.

Kedua, janganlah lagi ikut cakap dan promosi orang yang menawarkan anda jadi cepat kaya sambil anda goyang kaki – malah berdosa dan haram. Tuhan jadikan manusia bukan untuk goyang kaki tetapi bertebaran atas muka bumi, aktif, berkerja kuat, memakmurkan dunia, menggunakan segala potensi, mencurahkan tenaga, menyebarkan peluang dan segala tindakan yang proaktif.

Ketiga, berniagalah. Salahkah anda berniaga? Berdosakah anda berniaga? Jangan fikir dan buat silap lagi. Mulakan perniagaan yang sah dan halal. Tidak kira anda siapa, berniagalah mengikut kemampuan dan peluang yang anda ada. Asalkan anda tidak membuat salah dan dosa kerana berniaga. Tuhan telah janji dan buktikan 90% rezeki yang diturunkanNya adalah kepada peniaga, hanya 10% sahaja kepada kerjaya yang lain. Salahkah anda berniaga? Berdosakah anda berniaga? TIDAK! Tuhan akan lebih sayang anda apabila anda berniaga. Anda akan mendapat lebih banyak hidayah dan rahmat. Anda akan menjadi orang yang menyelesaikan masalah. Anda akan menjadi pengeluarkan zakat dan cukai yang lebih besar. Ekonomi kita akan lebih makmur dan stabil.

SELAMATKAN EKONOMI ANDA!

Isnin, 30 Jun 2008

BUAT UNTUNG DENGAN MEMANFAATKAN KEADAAN


Sebelum saya memberikan tip berguna untuk anda manfaatkan, sekali lagi ingin saya jelaskan bahawa pelaburan Unit Amanah direkabentuk untuk tujuan kewangan jangka sederhana dan panjang. Antara tujuan utama Unit Amanah ialah:-

- untuk menyediakan wang yang secukupnya bagi perbelanjaan hidup yang selesa sepanjang hayat selepas pencen;
- menyediakan dana pendidikan anak-anak yang dirancang masuk ke universiti;
- menyediakan wang yang secukupnya untuk membeli rumah;
- mengumpul kekayaan (cth. RM1 juta pada usia 45 tahun);
- menyelamatkan wang (modal dan untung) yang sedia ada; dan
- pelbagai tujuan peribadi yang lain.
Ia memerlukan tempoh pelaburan lebih dari 3 tahun. Dengan kata lain, apabila anda melabur dalam Unit Amanah, anda perlu faham bahawa ia adalah untuk kegunaan 3 tahun ke atas. Ia tidak sama sifatnya dengan simpanan biasa. Wang pelaburan dengan wang untuk kegunaan jangka pendek perlu diasingkan. Wang (modal) pelaburan adalah untuk dikembangkan supaya menjadi lebih aktif dan banyak. Bagi kegunaan semasa, ia perlu diletak dalam akaun simpanan biasa di bank.

Bagaimana anda boleh buat untung besar dengan keadaan pasaran ekonomi sekarang?
Ya, anda memang boleh memanfaatkan situasi sekarang. Pada hari ini Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang menjadi kayu penunjuk pasaran saham dan ekonomi am semasa berada pada paras 1186 mata. Pada pengamatan saya ini adalah angka terendah yang dicapai dalam tempoh setahun kebelakangan. Dalam tempoh 6 bulan ini pasaran saham kita agak mendatar dan secara puratanya ia berada pada paras rendah dalam tempoh 3 tahun. Oleh itu adalah menjadi peluang kepada kita semua yang merupakan pelabur Unit Amanah untuk menggiatkan usaha menambah pelaburan. Inilah masa melabur banyak-banyak. Ia boleh diibaratkan sebagai masa ’bercucuk tanam’ atau ada juga pelabur saya yang menggelarkannya sebagai masa ’membeli belah’, ’big sale’, ’mega shopping’ dan ’jumble sale’.
Tujuan kita menambah pelaburan pada masa ini ialah untuk mengumpul lebih banyak unit. Unit-unit yang kita beli sekarang ini akan kita jual pada masa akan datang mengikut tahun bila kita memerlukannya. Untungnya anda menambah pelaburan sekarang ialah kerana anda akan dapat lebih banyak unit. Contohnya, jika anda telah melabur RM10,000 dalam Dana ABC pada harga RM1 seunit setahun yang lalu di mana pasaran adalah lebih tinggi daripada sekarang, anda telah mendapat 10,000 unit saham. Jika anda melabur RM10,000 lagi sekarang, pada pasaran yang lebih rendah dan murah dengan harga Dana ABC hanya RM0.80 seunit, anda mendapat 12,500 unit. Jadi unit saham anda kini terkumpul sebanyak 22,500.
Jika pasaran menurun lagi, katakan harga unit Dana ABC merendah kepada RM0.60. Bagi pelabur bijak tentu anda akan menambah lagi pelaburan. Katakan anda menambah pelaburan RM10,000 lagi pada harga unit RM0.60, bermakna anda mendapat 16,666 unit. Unit terkumpul anda sekarang sudah menjadi 39,166 (10,000+12,500+16,666).
Pada masa ini kos pelaburan anda semakin rendah. Pada asalnya kos pelaburan anda ialah RM1 untuk seunit dana, tetapi kini kos pelaburan anda hanya RM0.77 seunit (RM30,000 / 39,166).
Sudah pasti pula dalam beberapa bulan akan datang anda akan menerima agihan (dividen) tahunan. Katakan agihannya ialah RM0.05 (5 sen) seunit, pada harga dana RM0.80, ia akan menambah unit anda lagi. RM0.05 X 39,166 unit = RM1,958.30. RM1,958.30 X RM0.80 seunit = 1,566.64 unit. Jadi unit terkumpul anda sekarang ialah 40,732.64 unit. Berapakah kos pelaburan anda sekarang? Ya, hanya RM0.74 seunit. Bukankah ini menguntungkan?
(Perhatian: 1. Amaun setiap pelaburan tambahan minimum ialah RM100, tidak semestinya sama dengan jumlah pelaburan awal. 2. Penambahan boleh dibuat banyak kali mengikut keselesaan kewangan dan masa. 3. Strategi ini hanya untuk satu dana yang sama, tidak sesuai dialihkan (switch) ke dana lain dalam kategori sama yang harga unitnya berbeza)


Untuk meyakinkan anda, pasaran dan ekonomi kita pasti akan tinggi semula. KLCI pasti akan naik semula. Ini lumrah dan perkara biasa. Setiap jatuh pasti ada naik dan setaip kenaikan pasti ada menurun. Itulah adilnya pasaran, kerana tiada siapa di kalangan pemilik-pemilik syarikat, konglomerat , usahawan dan ahli politik yang mahu ekonominya sentiasa menurun. Teori dan sejarah (amali) telah membuktikan bahawa pasaran pasti akan naik selepas kejatuhan. Setiap kenaikan ada baiknya dan setiap kejatuhan juga ada baik dan peluangnya. Sebab itu juga, Unit Amanah dibentuk untuk memberi keadilan kepada para pelabur, setiap 3 tahun pasti ada perubahan. Laburlah untuk 3 tahun dan ke atas. Anda pasti untung.

Andaikan pelaburan anda sudah berusia 3 tahun pada 2 tahun akan datang. Andaikan juga harga Dana ABC menaik semula tetapi tidak banyak hanya kepada RM0.90 seunit. Iaitu kurang 10 sen daripada harga asal semasa anda mula melabur. Pada waktu itu anda ingin menjual kesemua unit dana pelaburan anda.
Sebelum itu anda perlu ingat, ada 2 kali lagi agihan tahunan yang telah diberikan iaitu pada tahun kedua dan ketiga. Katakan agihannya adalah sama seperti tahun pertama tadi iaitu RM0.05 seunit, juga pada harga RM0.80. Jadi unit terkumpul anda pada tahun ketiga ialah sebanyak 44,056.40.
Apabila anda jual unit amanah anda pada waktu itu anda akan memperolehi RM39,650.80. Berapakan untung anda?
Ya, RM9,650.80 (RM39,650.80 – RM30,000). Berapakah kadarnya? Kadar pulangan keseluruhan yang anda terima ialah 33% untuk pelaburan 3 tahun itu atau 11% keuntungan setiap tahun. Dengan kata lain, anda tidak perlu menunggu lama atau harga unit dana anda naik melebihi RM1 untuk membuat untung besar. Anda boleh melakukannya sekarang!
Selamat Melabur–Ambil Kesempatan Semasa Pasaran Menurun & Harga Rendah!

Khamis, 5 Jun 2008

Harga Minyak Naik! Tarif Elektrik Naik! Beras Naik!


Adakah kenaikan harga barang dan perkhidmatan suatu yang terlalu asing? Ya, jawapannya TIDAK. Kenaikan harga akan terus berlaku kerana ia adalah sebahagian daripada sistem ekonomi dan kehidupan. Saya banyak kali mendengar bapa, datuk dan orang-orang tua bercerita tentang kehidupan di zaman muda mereka. Mereka membeli nasi lemak hanya berharga 5 sen dan minum kopi di kedai dengan harga 2 sen. Pada zaman persekolahan saya pula, dengan 30 sen belanja sekolah saya dapat membeli semangkuk laksa dan segelas sirap. Hari ini anak-anak saya, saya bekalkan RM1 untuk membeli makanan dan minuman yang sama. Percayalah tahun hadapan anak-anak saya perlukan RM2 untuk mendapatkan barangan yang sama. Inilah inflasi.
Inflasi tidak akan berhenti, ia sebahagian daripada kehidupan. Kita perlu menyedari dan menerimanya. Ia adalah hakikat - kita tidak berupaya benar mengelaknya.
Dengan kadar inflasi sekitar 3% setahun di Malaysia, perbelanjaan tahunan kebanyakan daripada kita yang bernilai RM36,000 setahun (RM3000 sebulan) sekarang adalah sama nilainya dengan RM56,000 pada 15 tahun akan datang. Maknanya jika hari ini anda dapat memenuhi perbelanjaan isi rumah anda dengan RM36,000 setahun, tetapi pada tahun 2023 nanti anda memerlukan RM56,000 untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan yang sama seperti hari ini. Anda Sudah BERSEDIA?
Jadi jika anda ingat terus hidup, anda perlukan perancangan kewangan yang betul. Anda perlu menjadi orang yang tahu tentang pelaburan, simpanan dan perniagaan. Tidak penting skala besar atau kecil, yang amat perlu ialah anda mengetahuinya, yang amat terdesak ialah anda mula BERTINDAK melabur sebahagian daripada duit anda sekarang untuk keperluan masa depan. Jangan anda habis belanjakan duit gaji anda. Labur untuk masa depan.

7 Sebab BESAR Orang GAGAL Bisnes/Membina Kewangan

1. Kabur Tentang Erti KAYA
Apabila disebut sahaja perkataan ’kaya’ orang ini mula melangkah ke belakang, menundukkan muka, mencebihkan bibir atau menggelingkan kepala. Apabila ditanya, ”adakah anda buat bisnes ini untuk kaya?” Orang ini menjawab, ”tidaklah, hanya untuk hidup”. Bagi orang ini, kaya itu memalukan, ada juga yang merasa agak hina dan kebanyakannya merasa luar biasa atau mungkin menjadikannya golongan yang terasing daripada kawan-kawan. Orang ini tidak berani mengaku mereka ingin kaya – mereka lebih selesa memberi alasan untuk kekal biasa.
Orang ini kabur tentang erti kekayaan. Orang yang kabur tentang kekayaan, mana mungkin menjadi kaya dan berjaya dalam bisnes atau membina kewangannya. Mereka berfikiran kecil, seolah-olah berfikiran besar itu berdosa, dongeng, karut, busuk, mati dan kiamat.
Kita terutamanya orang Islam wajib kaya. Kita mesti menjadi orang yang menyelesaikan masalah bukan orang yang memberi masalah. Kita mesti menguasai bukan dikuasai. Kita mesti menjadi penyumbang bukan meminta sumbangan. Kita mesti kaya, kaya dan kaya.
2. Salah Tanggap Tentang Kerjaya Bisnes
Orang yang telah menceburi bisnes tetapi masih salah tanggap tentang bisnes pasti akan gagal. Was-was dengan kerjaya bisnes adalah yang paling bahaya. Orang ini menganggap bisnes hanya untuk dapat duit poket tambahan. Tanggapan mereka itu akan menjadi benar kerana kita akan dapat apa yang kita fikirkan.
Orang yang buat bisnes tetapi masih menganggap makan gaji lebih utama juga akan terbatas. Mana mungkin orang makan gaji akan lebih kaya daripada majikan yang membina bisnes. Jika anda berniaga, fokus kepada bisnes - ia milik anda.
Orang buat bisnes tetapi menganggap bisnes bukan kerjaya pilihan Tuhan juga tidak pegi jauh. Islam telah menyebut 9/10 rezeki yang ditaburkan oleh Allah ialah kepada bisnes. Hanya 10% sahaja rezeki dari kerjaya lain. Secara statistiknya, jika Tuhan menurunkan rezeki sebanyak RM20 billion, maka RM18 billion adalah untuk usahawan dan RM2 billion untuk pekerja. Dengan nisbah 1:10 antara usahawan dengan pekerja yang ada di negara-negara sedang membangun, anda boleh buktikan sendiri – rujuk statistik negara Malaysia.
3. Ingin Terlalu Cepat Kaya & Mewah
Ini juga penyakit orang gagal dalam bisnes. Buat sahaja bisnes terus terlalu ghairah untuk hidup mewah. Orang ini akan melakukan apa sahaja asalkan mereka cepat mewah. Larangan Tuhan, adat budaya, kemanusiaan dan etika semua dilanggar demi atas nama bersungguh dan teruja untuk kaya dan hidup mewah. Orang ini akan susah juga akhirnya.
Orang ini tidak sanggup menangguhkan keinginan hidup mewahnya. Untung sahaja terus beli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, aksesori mewah dan macam-macam barangan mewah yang lain. Adakalanya orang ini sanggup menggunakan wang modal atau sumber kredit untuk memiliki hidup mewah dalam masa yang singkat. Biasanya bisnes dan kewangan orang ini akan bermasalah. Akhirnya belum sampai 5 tahun mereka ’gulung tikar’.
Orang ini, lebih parah apabila menggunakan bisnesnya untuk menunjuk-nunjuk yang kononnya bisnes beliau hebat – ”lihatlah kawan-kawan dalam masa yang sangat singkat saya sudah mampu memiliki semua ini”. Hakikatnya? Orang yang begini pasti tahu bagaimana rasanya. Riak jawapannya gagal.
4. Malas belajar
Paling ramai orang gagal dalam bisnes dan membina kewangan ialah kerana malas belajar. Lain bisnes, lain ilmunya. Malah walaupun dalam bisnes yang hampir sama, ilmu menjualnya dan mengembangkannya berbeza-beza. Hanya dengan menggunakan ilmu yang sedia ada untuk bisnes yang baru pasti tidak lancar.
Kelaziman dalam dunia bisnes tersedia pelbagai kursus, latihan, seminar, perjumpaan dan perbincangan. Lazim juga bagi orang ini mereka malas datang belajar. Orang ini rasa dia sudah tahu, tiada pentingnya meluangkan masa belajar. Keutamaan mereka hanya kepada bersantai kemudian pergi menjual dan bersantai kemudian pergi menjual. Ia samalah ibaratnya seperti penebang pokok yang hanya berulang kali menebang kemudian berehat di tepi sungai tanpa mengasah kapaknya. Kapak yang tumpul tidak mungkin mampu menebang banyak pokok, malah tenaga yang digunakan juga sangat banyak. Orang ini akan keletihan sambil hasilnya pula sedikit.
Orang yang tidak mementingkan ilmu tidak disukai oleh Tuhan. Hidayah akan terhalang, rezeki akan tersekat.
Orang yang malas belajar pasti tidak mampu mengajar. Apabila tiada ilmu yang boleh diajar, tiadalah orang hebat mahu mendampingi. Orang ini akan kesunyian, lemah dan hilang semangat – akhirnya meninggalkan bisnesnya.
5. Malu menawarkan perkhidmatan
Orang ini hanya tahu membuka kedai tetapi malu untuk mempelawa pelanggan membeli barangannya. Kedainya umpama muzium, hanya menjadi tontonan pelanggan sahaja. Orang ini mempunyai produk dan perkhidmatan yang hebat tetapi malu membuka mulut serta malu mencadangkan kepada pelanggan untuk membeli seterusnya memiliki kepuasan daripada produk dan perkhidmatan tersebut.
Orang ini malu tidak bertempat. Barang yang baik malu untuk diberitahu tetapi hal yang buruk riuh didedahkan. Apa yang orang ini dapat ialah apa yang busuk sahaja.
Orang ini malu meminta. Psikolgi menjelaskan tanpa permintaan pihak lain tidak tahu apa yang hendak diberikan. Prinsip ekonomi pula menyatakan tanpa permintaan tiadalah penawaran. Jadi orang ini malu untuk meminta pelanggannya membeli, malu untuk meminta bayaran, malu untuk meminta komitmen, malu, malu dan malu. Malu bertanya sesat jalan. Malu menjual dan menawarkan perkhidmatan, gagallah bisnes.
6. Hanya mahu untung, tidak mahu melabur
Orang ini ibarat seorang penjual mi rebus yang hanya mahu menjual mi rebusnya sahaja tanpa mahu membeli mi. Mahu untung sahaja, modal tidak mahu keluar. Mahu kaya sahaja, usaha tidak mahu. Mahu duit sahaja, pelaburan tidak mahu. Mahu orang berlaku adil padanya tetapi tidak mahu berlaku adil pada orang. Orang ini juga biasanya gagal membina kewanagan.
Orang ini tidak suka risiko – mahu untung tetapi risiko tidak mahu. Ini orang zalim. Tuhan akan menzalimi orang ini.
Orang ini mahu berjaya, banyak duit dan dikenali, tetapi tidak mahu melaburkan modal, masa, tenaga, ilmu dan idea. Mahu jadi jutawan tetapi melaburkan modal RM5, melaburkan masa bekerja 5 jam sebulan, melaburkan perjalanan 5 km seminggu dan melaburkan peluang menuntut ilmu 5 minit sehari.
7. Sombong, tidak mahu minta pada Tuhan
Orang ini hanya mengguna keupayaan dirinya sahaja tanpa memohon kepada Tuhan yang mencipta dan mengilhamkan idea kepadanya. Dari pagi hingga ke malam berniaga dengan sepenuh kudrat, minda dan emosi tetapi sering terlupa untuk memita doa daripada Tuhan.
Apa sahaja rezeki adalah anugerah Tuhan, kita hanya mengusahakannya sahaja. Jadi mintalah pada Tuhan.

Sabtu, 12 April 2008

Beli Semasa Murah, Jual Apabila Mahal

Murah Beli, Murah Beli, Murah Beli… Mahal Jual!

Hukum membeli adalah sama dengan hukum melabur dan hukum membuat untung lebih tinggi. Untuk menikmati untung yang lebih tinggi, biasanya kita akan membeli sesuatu barangan pada harga rendah atau menurun. Sama juga dengan melabur dalam unit amanah – apabila berlaku penurunan harga akibat penurunan pasaran sama ada dalam negara atau luar negara, ia adalah masa untuk kita membeli atau menambah unit amanah kita dengan agresif. Dalam erti kata lain, laburlah lagi duit anda lebih banyak pada waktu ini.

Misalnya dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran saham di Malaysia mengalami penurunan akibat kesan masalah ekonomi di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Ada juga sedikit kesan tidak langsung ekoran pilihanraya umum. Prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) merosot lebih 200 mata. Ia menyebabkan harga unit amanah juga menurun sedikit.

Bagi pelabur yang kurang maklumat benar mereka akan panik dan takut. Hinggakan ada di kalangan pelabur yang tergesa-gesa menjual unit amanah mereka. Alasannya takut rugi. Ada pula pelabur yang lain, tidak mahu melabur atau menambah pelaburan mereka dengan alasan ekonomi dan pasaran tidak baik, tidak stabil sekarang.

Berbeza dengan pelabur yang cukup maklumat yang betul, mereka akan tersenyum kerana inilah masa untuk mereka memasuki pasaran atau melabur dengan amaun yang lebih besar. Bukan senang untuk mendapat peluang harga unit saham berada diparas yang murah. Murah maka beli. Apabila pasaran naik sahaja sedikit kita sudah untung. Berbanding dengan mereka yang tunggu pasaran dan harga naik semula baru nak melabur, maka mereka perlu menunggu pasaran naik lebih tinggi untuk mengaut untung.

Pada saat-saat seperti ini, anda sepatutnya membeli atau memegang pelaburan anda untuk tempoh sederhana dan panjang. Jangan jual waktu harga murah, juallah semasa harga mahal. Prinsip ini dinamakan ’beli dan pegang’.

Untuk mengukuhkan maklumat anda, sifat pasaran atau ekonomi ialah turun dan naik. Sifat berniaga ialah untung dan rugi. Jika anda hanya ingin naik dan untung, anda tidak berpijak di bumi nyata – itu khayalan sahaja. Jika anda anggap ekonomi tidak bagus sentiasa turun sahaja juga adalah salah – boleh saya katakan anda ’menipu’ atau menafikan untung yang anda telah dapat dengan mengatakan anda rugi. Ini semua salah dari segi ilmu dan tabii.

Soalan yang mudah boleh kita tanya pada diri kita sendiri – Berguna atau tidak pasang dan surut air laut? Berguna atau tidak siang dan malam? Berguna atau tidak lelaki dan perempuan? Berguna atau tidak naik dan turun? Berguna atau tidak untung dan rugi? Semuanya ada peranan dan fungsi. Ilmu dan maklumat akan membezakan antara orang yang mendapat manfaat dengan orang yang ketinggalan.
Teruskan Melabur Sehingga Matlamat Kewangan Anda Tercapai.

Selamat Melabur.

Isnin, 21 Januari 2008

Tip Menjadi 1/2 Jutawan Pada Usia 45 Tahun


Tip Menjadi ½ Jutawan pada Usia 45 Tahun?

Menjadi jutawan sememangnya sebuah impian dan kehidupan yang mengujakan. Kita mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mencorakkan kehidupan.

Bolehkah anda menjadi jutawan sambil bekerja/makan gaji?
Optimisnya, saya katakan BOLEH! Apatah lagi untuk mencapai semi jutawan.
Mari kita mula dengan memiliki RM0.5 juta dahulu, boleh?

Apa yang PENTING ialah JANGAN BERTANGGUH! MULAKAN SEKARANG!

Bagaimana?

Saya lebih suka menyarankan rakan-rakan yang berumur sekitar 24 tahun memulakannya (baru bekerja). Di Malaysia, pada usia 24 tahun anda biasanya telah bekerja.
Inginkah anda memiliki RM0.5 juta pada usia 45 tahun kelak?

Strategi utamanya ialah anda perlu memilih pelaburan yang betul. Saya mencadangkan pelaburan Unit Trust dengan purata pulangan 15% setahun.

Kebiasaan sebagai pekerja baru anda akan menerima gaji terkumpul di bulan ke 3. Andainya gaji anda ialah RM1500 sebulan, anda akan menerima RM4500. Anda perlu simpan RM2000 dan membelanjakan selebihnya. Pada bulan ke 4 hingga bulan ke 12, anda simpan 20% daripada gaji bulanan. Genap setahun (umur 25), anda sudah ada RM4700 simpanan. Pada bulan ke 13, anda genapkan simpanan menjadi RM5000 dan laburkanlah ke dalam dana unit trust.

Seterusnya, anda hanya perlu menambah pelaburan itu setiap bulan sebanyak RM320 sahaja sehingga anda berumur 45 tahun.
Pada usia 45 tahun, pelaburan anda itu akan berjumlah RM506,496.19.

Ringkasnya:-


Pelaburan Permulaan RM5000 Pelaburan Bulanan RM320 X 12 b X 20 t = RM 76,800.00
Jumlah Dilaburkan RM5000 + RM76,800 = RM 81,800.00
Jumlah Untung RM506,496.19 – RM81,800 = RM424,696.19
Jumlah Aset Dimiliki RM506,496.19

Bagaimana pula jika anda ingin memiliki RM1 juta?
Mudah sahaja... jika anda mahu dan anda mampu, ganda 2 kali pelaburan anda.
Jumlah aset cair apabila anda berusia 45 tahun ialah RM1,012,992.38.

Selama 5 tahun (1999 – 2004) saya mengajar di universiti, lebih kurang 800 orang graduan keluar daripada jabatan saya. Kini umur mereka antara 27 – 31 tahun. Jika mereka telah mula melabur, kini mereka telah memiliki antara RM22,000 hingga RM60,000. 14 – 18 tahun lagi 800 orang graduan ini adalah semi jutawan. Alangkah bangganya kita melahirkan graduan begitu.

Oh! Bagaimana anda yang telah melepasi usia 20-an. Jangan bimbang, anda mahu, tentu ada jalan. Saya ada strateginya. Saya sudi membantu.

BERTINDAK SEKARANG!

Rabu, 10 Oktober 2007

Tip Kewangan 0710.1: Keluar Dari Lubang (HUTANG)

Terjatuh ke dalam ‘lubang’ ini amat memeritkan. Kajian menunjukkan, orang yang berhutang atau mempunyai masalah kewangan akan bertukar sikap dan tabiatnya. Boleh dikatakan mereka telah menjadi orang lain – kebanyakannya berubah negatif.
Ada pelbagai sebab dan cara orang jatuh berhutang. Ia bergantung kepada siapa anda dan apa yang anda buat.
Namun, tak mengapa. Saya akan berikan tip ringkas untuk membantu anda keluar dari ’lubang’ hutang anda itu.

Tip 1

Peribadi:-
1. Pertama sekali anda perlu sedar dan mengenalpasti hutang-hutang anda.
2. Anda mesti mengambil tanggungjawab – anda mesti mengaku pada diri anda yang anda sedang berhutang & pasti akan menyelesaikannya.
3. Jika anda menggunakan kad kredit, tolong batalkan semuanya. Faedah, caj dan penalti yang dikenakan boleh membuatkan anda jatuh lebih teruk.
4. Senaraikan semua hutang piutang anda mengikut susunan – hutang amaun kecil, hutang berkadar faedah tinggi, hutang amaun besar & hutang jangka panjang.
a. Bayar hutang amaun kecil & berfaedah tinggi segera
b. Buat penstrukturan semula bayaran hutang besar & jangka panjang dengan pihak berkenaan (bank, kooperasi dsb)
5. Bayar bil-bil utiliti dengan amaun minimum.
6. Beli hanya barang & benda yang anda perlukan sahaja.
7. Kurangkan bayaran gadai janji – rumah/kereta.
8. Cairkan aset-aset yang boleh cair – tukar ke dalam bentuk wang ringgit.
9. Ubahsuai gaya hidup kepada kos yang lebih rendah.
10. Hentikan semua pelaburan yang tidak menguntungkan & tiada jaminan sah.
11. Dapatkan pinjaman boleh ubah yang berkadar rendah.
12. Hadkan membeli belah kepada sekali sebulan.
13. Persoalkan semua bentuk perbelanjaan – Apa? Kenapa? Untuk apa? Dsb.
14. Utamakan barangan & makanan murah atau percuma.
15. Jangan lari daripada ahli keluarga & kawan-kawan – kongsi masalah dengan mereka.

Tip 2

Tulis Ingatan Masa Depan:-
1. Simpan/tabungkan 10% daripada pendapatan.
2. Wujudkan 5% simpanan/tabungan kecemasan.
3. Labur sebahagian wang anda ke dalam instrumen pelaburan yang sah, mudah cair & menguntungkan.
4. Kekalkan gaya hidup sederhana & berhati-hati.
5. Beli insuran/takaful hanya untuk perlindungan diri.
6. Jangan jamin apa-apa pinjaman kewangan.
7. Keluarkan zakat apabila cukup kiraan dan masa – jangan berdolak dalik.
8. Dermakan sedikit pendapatan secara berterusan.
9. Cari jalan ’buat duit’ lebih.
10. Jangan terlibat dengan urusan kewangan/perniagaan yang ’over’, cepat kaya, terlalu mengghairahkan & menjadikan anda sebagai ’pak turut’.

Tip 3

Kerjaya:-
1. Jika anda masih mempunyai kerja, teruskan menjadi pekerja yang lebih dedikasi. Namun, jika kerjaya itu sudah mencapai tahap melemahkan anda hingga boleh menjejaskan kewangan anda, berhenti dan segera cari pekerjaan lain.
2. Jika perniagaan anda masih menjana pendapatan cukup untuk anda selesaikan hutang-hutang anda dan mengekalkan gaya hidup sejak 1 tahun yang lepas, teruskan perniagaan itu & mula merancang perkembangannya selepas kedudukan kewangan anda agak stabil. Namun, jika sejak 1 tahun lepas pendapatan perniagaan anda tidak dapat membantu anda, fikirkan perniagaan lain untuk menggantikan perniagaan itu atau tidak salah untuk anda pergi bekerja pula.
3. Sama ada anda selesa atau tidak dengan kerjaya anda sekarang, tiada silap jika anda membina kerjaya kedua untuk mendapatkan sumber pendapatan kedua. Yang penting kerjaya utama anda tidak terabai dan masa kualiti anda masih ada.

Tip-tip ini saya kutip daripada pengalaman orang-orang yang saya temui serta pengalaman saya sendiri yang pernah jatuh ke dalam ’lubang’ akibat perniagaan yang lepas. Ia adalah sebahagian daripada usaha yang berbaloi di samping cara-cara lain yang juga berkesan.
Rata-rata mereka dan saya yang telah mengamalkan tip-tip di atas memperolehi ’penyembuhan’ yang bagus.


Selamat Mencuba.
Dedikasi khas untuk Bro. Mohd Amin Yahya.
Salam Aidul Fitri.

Ahad, 30 September 2007

Tip Kewangan 0709.2

TIP KEWANGAN 0709.2
Tahniah! Jika anda telah mula melakukan tip 0709.1 yang lepas.
Ada pelbagai pelaburan yang sah dan halal untuk mengembangkan simpanan anda berkali-kali ganda. Kali ini saya akan memberikan sedikit tip bagaimana melaburkan sebahagian daripada simpanan atau lebihan kewangan anda.
Terdapat pelbagai instrumen pelaburan di Malaysia. Antaranya ialah Simpanan Tetap, Perniagaan, Pelaburan Kooperasi, Pelaburan Hartanah, Saham/Unit Amanah, Tukaran Wang Asing, Pasaran Hadapan, Pasaran Saham, Pelaburan Pesisir, Penulisan Wasiat dan yang lain-lain. Instrumen-instrumen tersebut memberi peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan kewangan mereka mengikut kecenderungan, pengetahuan dan profil masing-masing.
Saya tidak akan menerangkan setiap satunya pada kali ini. Bagi anda, ingin saya nyatakan yang terpenting dalam pelaburan ialah adanya sifat ”compounding”. Compounding ialah konsep yang terpenting kerana ia adalah kunci kekayaan dan kebebasan kewangan.
Compounding ialah setiap ringgit yang anda laburkan akan menerima pulangan, ia akan berkembang dan menerima pulangan lagi pada tahun-tahun seterusnya selagi anda kekalkan pelaburan itu.
Kata lain, untung anda akan berganda-ganda menjadi untung baru setiap tahun. Jika anda laburkan RM1000 sahaja ke dalam dana yang memberikan pulangan purata 10% setahun, ia akan menjadi RM1100 tahun depan. Kemudian RM1210 tahun berikutnya, RM1330 tahun berikutnya lagi... dan begitulah seterusnya. Andainya anda membiarkan pelaburan RM1000 itu selama 10 tahun, ia akan menjadi RM2593.70. Cuba anda kira, jika anda melabur RM10,000 atau RM100,000. Ya, ia menjadi berganda kepada RM25,937 atau RM259,370.
Inilah cara “Duit Buat Duit”. Mereka yang sedia kaya menjadi lebih kaya, sebab mereka faham pentingnya melabur dalam instrument yang ada sifat “compounding”.
Bagaimana anda? Anda juga boleh! Sedikit-sedikit, jadi bukit. Mulakan dengan menyimpan dulu! Kemudian laburkan!
Apa instrumen terbaik?
Unit Trust atau Unit/Saham Amanah adalah alat dan ’kenderaan’ terbaik untuk melabur kerana ia mempunyai ciri compounding. Selain itu ianya mudah cair, kepelbagaian pelaburan, di urus oleh pakar dan profesional, mudah dan direka untuk setiap orang mampu melabur.
Bagaimana memilih syarikat pengurus dan dana unit trust yang terbaik?
Pilihlah yang terbaik dan No. 1 yang ada di Malaysia. Pastinya ia memberikan perkhidmatan pelaburan yang terbaik dan yang penting secara konsisten memberi pulangan tertinggi sambil memelihara modal pelaburan anda dengan selamat dan halal.
Dalam siri 0710.1 akan datang saya akan memberikan tip ’keluar dari lubang (hutang)’

Tip Kewangan 0709.1

TIP KEWANGAN 0709.1
Prinsip kewangan adalah universal.Setiap daripada kita inginkan kebebasan kewangan (bebas memiliki dan tiada hutang). Buku-buku kewangan menyuruh kita menyimpan 10% (1/10) daripada pendapatan kita. Buku klasik pertama yang mengutarakan saranan ini ialah ”The Richest Man in Babylon”.
Bagaimana melakukannya?
Dalam konsep penghargaan kewangan ia dipanggil sebagai“Pay Your Self First”.Sebaik sahaja anda mendapat sebarang pendapatan, hargailah diri anda lebih dahulu. Keluarkan 1/10 daripada pendapatan itu dan simpan dalam akaun berasingan.
Adakah anda telah melakukannya?
Tahniah! Bagi anda yang telah melakukannya. Anda pasti telah dan akan menikmati keselesaan kewangan seperti yang anda inginkan. Bagi anda yang belum melakukannya, lakukan sekarang! Mungkin anda berasa sukar.
Seringkali saya terdengar kata-kata seperti ini:-”Bukan saya tak mahu menyimpan, tapi tak cukup. Ada sahaja barang yang perlu dibeli dan ada sahaja benda yang perlu dibayar” atau “Nak simpan? Tak cukup lagi ada la” atau “Baru dapat gaji je, habis. Tak sempat nak simpan pun”. Oleh itu, macam mana hendak buat?
Senang...Tukar keutamaan anda daripada terus menjadi pembayar kepada pengumpul. Jika anda tidak mampu simpan 10% daripada pendapatan, mulakan dengan hanya 1%. Jika gaji anda RM2,000 sebulan, jadi simpanlah RM20. Begitu juga jika anda dapat pendapatan sampingan, misalnya untung jualan RM300, jadi simpanlah RM3 sahaja.Tak kan RM20 dan RM3 anda tak mampu? Anda boleh!
Jika anda dapat bonus, bagaimana? Namanya pun bonus, beri bonus kepada simpanan anda. Simpan lebih, mungkin 5% (Bonus sebaiknya anda simpan 33% atau 1/3). Sedikit masa lagi anda akan rasa selesa dan seronok menyimpan daripada membayar. Pada masa itu anda naikkanlah kadar simpanan kepada 2% (RM40). Kemudiannya tingkatkan kepada 5%, 7% dan 10%. Ia mungkin dilakukan dalam tempoh setahun.
Hargai penat lelah anda. Ingat! ”Pay Your Self First”.
InsyaAllah, dengan cara ini anda akan mencapai kebebasan kewangan di tahun-tahun yang mendatang.
Dalam siri 0709.2 nanti saya akan berikan tip bagaimana mengembangkan simpanan anda berkali-kali ganda melalui pelaburan.

Selasa, 25 September 2007

Pendapatan Kedua Anda (Multiple Source of Income)

Salam Sejahtera.

Pernahkah anda mendengar atau terbaca tentang konsep 'multiple source of income'?
Di negara-negara maju, kebanyakan rakyat mereka mempunyai sumber pendapatan kedua selain daripada kerjaya utama mereka.
Apa salahnya jika anda turut sama mempunyai sumber pendapatan kedua. Ia tidak semestinya lebih besar daripada pendapatan utama anda, tetapi yang penting ianya memenuhi objektif kehidupan anda.
Kami di Networth Consultants sememangnya mengamalkan konsep 'pendapatan kedua' tersebut dengan jitu sekali. Ia adalah sebahagian daripada prinsip 'multiple source of income' yang kami percayai.
Rata-rata para perunding Networth Consultants terdiri daripada mereka yang mempunyai kerjaya tetap. Ada di kalangan kami yang bekerja sebagai jurutera (awam, elektrikal, aero, mekanikal dsb), ustaz, banker, peguam, agen takaful/insuran, kontraktor, peramugara, guru, eksekutif korporat, juru gambar, perunding motivasi, pensyarah, pegawai tadbir, kerani, peniaga, pembantu peribadi, pelajar dan penternak.
Mengapa kami, menjadi perunding unit amanah pula? Ya, kerana kami percaya kepada pendapatan kedua. Kenapa tidak? Kami mahukan wang lebih seterusnya mencapai kebebasan kewangan seperti yang kami idamkan.
Memilih kerjaya kedua bukan mudah - kami juga maklum. Bagaimanapun jika anda mempunyai peluang untuk membina pendapatan kedua secara bebas dan mengikut jadual anda sendiri, bagaimana?
Menjadi Perunding Unit Amanah dengan syarikat pengurus dana No. 1 dan Terbaik Di Asia iaitu Public Mutual Berhad adalah sangat-sangat menyeronokkan. Ia bukan sekadar pendapatan kedua yang menarik tetapi sebuah kerja yang 'enjoy'.
Saya sendiri adalah bekas seorang pensyarah di sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Selain itu, juga turut mempunyai syarikat sendiri yang memberikan perkhidmatan perundingan latihan dan motivasi kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta. Di samping itu saya juga pernah terlibat menjadi pengedar sebuah syarikat jualan langsung (MLM) antarabangsa selama 4 tahun. Saya telah menyertai Public Mutual sebagai perunding unit amanah kurang dari 2 tahun. Pun begitu, saya berani katakan, kerja sebagai perunding Public Mutual adalah 15 kali lebih mudah daripada ketiga-tiga kerja di atas.
Bagaimana pula dengan pendapatannya? Anda dan saya tentukan sendiri berapa anda mahu bayar kepada diri anda. Itu sahaja. Bagi saya, saya mahu menebus segala kesusahan dan kegagalan saya sebelum ini dan alhamdulillah saya telah membayar kepada diri saya pendapatan 5 kali ganda daripada apa yang pernah saya perolehi daripada kerja-kerja di atas buat setakat ini.
Saya mempunyai masa kerja saya sendiri dan sudah tentu saya mempunyai masa untuk peribadi, ibadah dan keluarga yang saya inginkan.
Jadi bagi anda yang inginkan sumber pendapatan kedua atau multiple source of income, saya dengan rendah dirinya menjemput anda menyertai kami sebagai Perunding Unit Amanah berlesen dengan Public Mutual Berhad.
Siapa yang kami cari?
Kami mencari anda yang:-
- Bermatlamatkan kebebasan kewangan
- Lapar dan dahagakan kejayaan
- Boleh diajar
- Setiakawan
- Amanah
- Tidak Takut Cabaran

Jika anda adalah orangnya... sila hubungi saya segera. Kita Lakarkan Hidup Kita Bersama-sama.

Jumaat, 22 Jun 2007

Strategi Mencapai Untung Tertinggi Dengan Unit Trust

Kali ini saya ingin berkongsi tentang strategi terbaik untuk memperolehi untung tertinggi daripada setiap pelaburan anda.

Seperti yang pernah saya sebutkan dalam blog yang lepas bahawa Saham Amanah (Unit Trust) adalah satu daripada instrumen pelaburan kewangan yang terbaik. Ia adalah 'kenderaan' kewangan yang penting bagi populasi masyarakat di negara-negara maju. Di Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat lebih daripada 45% rakyat mereka menabung dalam Saham Amanah dan bukan lagi dalam simpanan tetap atau instrumen simpanan lain yang memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman. Nilai aset bersih saham amanah di Amerika Syarikat setakat bulan April 2007 ialah sekitar USD9 trillion. Ciri 'compaunding' dalam saham amanah adalah antara sebab mengapa ia menjadi instrumen utama pelaburan kebanyakan pelabur bijak.

Untuk memudahkan anda semua, saya berikan strategi menguntungkan ini secara tips:

TIP 1: OBJEKTIF PELABURAN YANG JELAS
Sebelum anda melabur, pastikan anda mempunyai tujuan yang jelas mengapa anda melabur. Setiap pelaburan dalam setiap dana mesti mempunyai objektif yang jelas. Antara objektif utama mengapa ramai orang melabur dalam saham amanah ialah:-
i. Plan kewangan persaraan
ii. Mengumpul kekayaan (kebebasan kewangan)
iii. Plan pendidikan tinggi anak-anak
iv. Plan memiliki rumah & hartanah
v. Plan pengembangan carauman KWSP
dan pelbagai tujuan peribadi yang lain.
Bagi syarikat, kooperasi, pertubuhan dan sebagainya, mereka mempunyai agenda tersendiri yang lebih menumpu untuk membesarkan keuntungan atau dana mereka.
Apabila anda telah mempunyai objektif pelaburan yang jelas, maka anda dengan senang hati akan menerima apa sahaja bentuk dan tahap pulangan yang akan diterima. Anda tidak mudah panik atau terlalu teruja dengan pulangan yang diterima pada masa-masa yang anda tidak jangkakan.

TIP 2: MEMILIH DANA YANG SESUAI
Pemilihan dana yang sesuai dengan profil anda adalah penting. Jika anda seorang yang agresif, eloklah anda memilih dana-dana yang sama sifatnya. Begitu juga jika anda seorang yang moderate (sederhana) atau konsevertif, maka dana yang sesuai dengan anda ialah dana yang moderate dan konservertif. Syarikat-syarikat pengurus dana telah menyediakan barisan dana yang sesuai untuk semua profil pelabur. Pilihlah dana yang sesuai dengan profil anda.

TIP 3: MEMILIH PENGURUS DANA YANG BETUL
Di Malaysia terdapat kira-kira 35 syarikat pengurus dana saham amanah swasta. Masing-masing mereka mahu memeriahkan industri yang bernilai berbillion ringgit ini. Bagaimanapun bukan semua pengurus dana mempunyai kecekapan dan kemahiran yang tinggi untuk memberi pulangan yang tinggi, stabil, berterusan dan selamat. Oleh itu, untuk menjamin pelaburan anda memperolehi untung terbaik seperti yang anda harapkan, stabil, berterusan berprestasi dan selamat, pilihlah syarikat pengurus dana saham amanah yang ternama, menguruskan Nilai Aset Bersih yang banyak serta mendapat pengiktirafan antarabangsa yang banyak. Syarikat begini terbukti telah memberikan pulangan yang sangat menggembirakan pelabur. Untuk lebih mudah memilih syarikat pengurus dana yang terbaik, lihatlah 'ranking' yang dikeluarkan oleh FMUTM atau mana-mana badan pengiktirafan yang sah. Pengurus yang berkedudukan No.1 adalah yang sepatutnya anda pilih untuk menguruskan pelaburan anda.

TIP 4: 'SWITCHING'
Satu lagi tip yang berguna untuk memperolehi untung terbaik ialah dengan melakukan pindahan daripada dana semasa kepada dana yang lebih berprestasi. Ia terpulang kepada pengetahuan dan kemahiran anda. Atau, anda juga boleh berbincang dengan perunding saham amanah anda untuk melakukannya. Pada sesuatu ketika, pindahan dana menguntungkan anda.

TIP 5: 'DOLLAR COST AVERAGING'
Bagi anda yang mengetahui prinsip DCA ini, saya pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk melakukannya. DCA adalah suatu disiplin kewangan yang amat baik. Anda memperuntukkan sejumlah amaun tetap untuk dilaburkan ke dalam dana sedia ada secara konsisten. Misalnya RM500 setiap bulan atau boleh juga setiap minggu atau sela-sela waktu yang anda mampu. Pelaburan tetap ini akan memampukan anda mengatasi inflasi, mengawal turun naik pasaran serta merendahkan kos unit anda. Apabila ini berlaku, maka anda akan menikmati keuntuungan yang lebih baik pada bila-bila masa anda memerlukan wang atau mengikut objektif masa yang anda telah tetapkan.


Oleh itu, saya sarankan kepada anda segerakan usaha anda untuk menjamin masa depan anda lebih baik dengan kewangan yang lebih daripada mencukupi.

SELAMAT MELABUR - JUMPA LAGI.

RAZAK MUTUAL.